Jumaat, 12 Februari 2016

Ong Kian Ming nak pergi sama pun tak apa, lagi bagus

LAGI RAMAI NAK IKUT SERTA PUN TAK APA.

BEBERAPA hari sebelum sambutan Tahun Baharu Cina, kita sedikit tersentak dengan pendedahan Ahli Parlimen DAP Serdang, Ong Kian Ming.

Kata Kian Ming, kira-kira 7,828 individu yang merupakan rakyat Malaysia telah melucutkan kerak­yatan mereka untuk menjadi warga negara Singapura sejak kebelakangan ini.

Dia mendakwa, jumlah terbesar bekas warganegara Malaysia dalam lingkungan umur 30 hingga 50 tahun itu ialah 36.6 peratus dari Johor, diikuti 19.5 peratus (Perak), Selangor (9.4 peratus), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (6.7 peratus), Melaka (5.6 peratus), Pulau Pinang (5.4 peratus) dan Ne­geri Sembilan (5.3 peratus).


Majoriti daripada individu berkenaan adalah kaum Cina. Kian Ming menyifatkan insiden itu sebagai ‘menyedihkan’ (Tak perlu sedih).

Namun, bagi kita, tiada apa yang perlu disedihkan, walaupun Ahli Parlimen DAP itu menyifatkan ia ‘suatu kehilangan tenaga berkemahiran tinggi dan profesional’.

Dalam keadaan ekonomi sekarang dengan harga minyak dan nilai matawang menyusut teruk, memang sukar menjalani kehidupan kalau ‘seseorang itu memang sudah senang’ sebelumnya. Tetapi tidaklah sehingga ke tahap melepaskan taraf warganegara.

Cuma yang kita cukup sedih ialah apabila alasan mereka ini melucutkan kewarganegaraan Malaysia untuk menjadi warga Singapura, seperti didakwa Kian Ming, kerana menganggap republik itu negara yang lebih menguntungkan.

Biarkanlah mereka ini pergi. Masih ramai lagi profesional kita dalam kalangan 30 juta rakyat Malaysia ini yang komited dan mahu menyumbang tenaga kepada negara tercinta ini.

Apabila terbaca pendedahan Kian Ming ini semalam, lantas penulis teringat kepada rakan Kian Ming iaitu Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik pada tahun lepas yang terhegeh-hegeh mendakwa diri sebagai ‘pejuang’ dengan mendakwa kononnya sebanyak 1,000 pemegang pasport Kerakyatan Luar Negara British (BOC) telah diterima pulang oleh kerajaan Malaysia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...