Translate

17/02/2016

Adakah Ini Yang Kita Mahu. Pasti Akan Berlaku. Ingatlah !

Tahun 2015, tanpa kita sedar berlaku beberapa kejadian dan kes yang melibatkan antara warga asing (Bangladesh) dengan gadis tempatan

Antaranya ialah kes rogol, kes bermadu kasih dengan isteri orang lain dan kes lari gadis. Segala huraian kes di dalam. 



1.5 juta warga Bangladesh bakal mendarat di Tanah Melayu tidak lama lagi. Apakah anda sebagai warga negara Malaysia hanya duduk sambil mendongak dagu?


Sosio-budaya
Sementara itu, Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Prof Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din berpendapat kebanjiran pekerja asing memberi kesan sosial kepada kehidupan rakyat tempatan.
Beliau berkata meskipun ada warga asing yang berpendidikan tinggi, cara hidup mereka yang berbeza boleh mengganggu corak kehidupan tempatan dan masyarakat tempatan berhadapan risiko interaksi sosial yang boleh memudaratkan pemikiran generasi akan datang.

Lebih menggusarkan, Fadzil berkata apabila rakyat tempatan terpaksa menerima dan mempelajari budaya yang dibawa pekerja asing, sekali gus mempengaruhi sistem sosial dan budaya rakyat tempatan.
"Kemasukan lebih ramai pekerja asing dalam negara seolah-olah memberi 'pengiktirafan' kepada budaya mereka. Walaupun kemasukan mereka (warga asing) membawa kebaikan kepada pembangunan negara namun terdapat sesetengah pekerja asing membawa budaya buruk seperti isu kebersihan dan masalah perkahwinan campur yang boleh mewujudkan konflik.

"Tidak menghairankan jika kemungkinan pada satu masa nanti kita terpaksa menerima budaya 'baharu' sedangkan hakikatnya mereka (warga asing) sepatutnya menghormati budaya dan adat rakyat Malaysia," kata timbalan naib canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPNM itu.
Beliau berkata kemasukan pekerja asing yang membawa budaya ‘baharu’ ke negara ini boleh mencetuskan kekeliruan kerana negara kini dalam proses mengenali pendidikan asas silang budaya, yang dicadangkan timbalan perdana menteri sebelum ini.
Pada 6 Februari lepas, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan pendidikan asas silang budaya diberi penekanan dalam sukatan pelajaran bermula daripada peringkat prasekolah ataupun tadika.
Penguatkuasaan
Mengupas daripada sudut keselamatan, penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar berkata penguatkuasaan dan pemantauan undang-undang lebih tegas harus dilakukan kepada pekerja asing untuk mengelakkan perkara-perkara tidak diingini terutamanya melibatkan aspek keselamatan negara.
Beliau menegaskan kerajaan perlu meneliti rekod peribadi pekerja-pekerja asing agar mereka tidak terlibat dengan kegiatan jenayah yang boleh mengancam keamanan dan keharmonian negara.         
"Kajian secara holistik harus dilakukan untuk mencari penyelesaian bagi mengenal pasti mengapa kita amat memerlukan pekerja asing sedangkan kita mempunyai tenaga buruh tempatan yang ramai. Kita tidak tahu jika ada dalam kalangan mereka (warga asing) yang mungkin mempunyai niat lain dan bukan sekadar untuk mencari pekerjaan," katanya.
Berdasarkan pemerhatiannya, Akhbar berkata masalah jenayah dan gejala sosial membabitkan warga asing bukan satu perkara baharu malah mereka berupaya membina kawasan penempatan sendiri menyebabkan rakyat tempatan berasa terasing.
"Majikan seharusnya memberi peluang kepada pekerja tempatan untuk berkhidmat di sektor mereka kerana jika warga tempatan tidak mempunyai pekerjaan, ia menyebabkan pengangguran dan timbul pula masalah jenayah. Kalau majikan kita tidak membantu dan menyokong rakyat tempatan, siapa lagi? Di manakah nilai patriotisme sebagai rakyat Malaysia (untuk mengutamakan warga senegara)," soal beliau. – Bernama, 15 Februari, 2016. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...