Ahad, 3 Januari 2016

Kucing gagalkan cubaan merompak

KUALA LUMPUR, 2 Januari:  Seekor kucing menzahirkan kesetiaan kepada tuannya selepas berjaya membuat pemiliknya itu menyedari mengenai kewujudan perompak di bahagian balkoni rumah.

Menurut mangsa yang berusia 39 tahun, beliau menyedari keadaan itu selepas mendengar kucing peliharaannya membuat bising.

“Sekitar jam 2.50 pagi, pengadu terdengar kucing peliharaannya membuat bising dan beliau membuat pemeriksaan di bahagian beranda rumah dan mendapati ada seorang lelaki yang tidak dikenali berada di kawasan balkoni.

“Dan sejurus itu saspek terus melarikan diri selepas menyedari kehadiran pengadu.


“Dengan bantuan seorang jiran, suspek berkenaan berjaya ditangkap ketika bersembunyi di dalam rumah sampah dan kemudiaannya di serahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisoner Yahya Ramli.

Tambah Yahya, suspek lelaki yang berusia 21 tahun itu dipercayai tinggal di tingkat atas rumah mangsa yang mana ianya merupakan hostel pekerja dan kini direman polis.

Suspek dikatakan baru bekerja sebagai pengawal keselamatan di Pangsapuri Indahria, Subang Jaya selama satu minggu dan tiada sebarang rekod jenayah.

Suspek juga berasal dari Batu 14, Jeram, Selangor.

Dalam perkembangan lain, polis berjaya menumpaskan dua lelaki yang dipercayai geng mencuri kasut ketika membuat rondaan di kawasan Batu 3, Subang Jaya.

Dua saspek lelaki Melayu berkenaan ditahan sekitar jam 1.30 pagi hari ini kerana berada di dalam keadaan mencurigakan di Jalan Mutiara Subang 2, Taman Mutiara.

“Selepas ditahan dan buat pemeriksaan ke atas mereka, polis telah menjumpai empat buah be dan salah satu beg yang diperiksa milik orang yang disiasat dan mengandungi lima pasang kasut pelbagai jenama.

“Setelah disiasat, saspek mengakui kasut tersebut dicuri dari rumah di tempat kejadian. Seterusnya anggota polis telah berjumpa tuan rumah dan kasut adalah milik mangsa selepas dibuat pengecaman,” kata Yahya lagi dengan menganggarkan kerugian berjumlah lebih kurang RM1,200.

Kedua-dua saspek telah ditangkap dan barang kes telah dirampas untuk siasatan lanjut.

Pihak polis juga mempercayai dengan tangkapan berkenaan ianya dapat menyelesaikan beberapa kes seumpama berkenaan di kawasan terbabit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...