Isnin, 25 Januari 2016

Buang Mukhriz, Mahathir Keluar UMNO?

Menurut laporan media sosial, bekas Perdana Menteri Mahathir akan keluar dari UMNO sekira anaknya dibuang dari menjadi Menteri Besar Kedah.

Ini sebenarnya (kalau betul), adalah satu berita yang sangat ditunggu-tunggu, orang kata macam dapat bonus.

Kalau dengan membuang Mukhriz akan 'membuang' sekali Mahathir dari UMNO, maka segerakan lah pembuangan itu, jangan ditunggu lagi.

Mukhriz jadi MB pun bukan ada hati, itu yang jadi MB 'weekdays', asal hujung minggu balik KL. Yang susah rakyat Kedah, dah tukar kerajaan pun masih tak ada apa perubahan sebab MB habis banyak masa di KL.


Bukan senang nak singkir dua masalah besar UMNO ini dalam satu proses, orang kata tembak 2 burung dengan satu batu, kan menguntungkan tu.

Kita tahu, ada sebab Mahathir kekal dalam UMNO sekalipun dia kutuk Datuk Seri Najib Tun Razak bagai nak rak, dan sebab itu adalah Mukhriz.

Perancangannya, kalau Najib tak boleh tolong kroninya, Mukhriz perlu kekal kuat dalam UMNO untuk dipersiap jadi Perdana Menteri dan Mukhriz dijangka boleh lakukan lebih baik dalam hal ini (jaga kepentingan kroni), anak bapaklah katakan.

Jika Mukhriz dibuang sekarang, semua perancangan itu terbantut, apa pun tak berguna lagi dan memang itulah yang kita mahupun, biar Mahathir jadi tak berguna lagi

Sumber: Balqis Sheikh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...