Rabu, 23 Disember 2015

PERKASA Antara Dalang Disebalik Gerakan Anti-Najib ?

Umum mengetahui bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah merupakan dalang sebenar disebalik gerakan untuk mengulingkan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Namun tidak ramai yang tahu selain Mahathir, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) turut terlibat dan memainkan peranan dalam gerakan tersebut.

Sebagai contoh beberapa siri sidang akhbar yang dilakukan oleh Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) sebelum ini pada hakikatnya dilakukan oleh Perkasa.


Ini kerana majoriti ahli-ahli GKCM itu merupakan ahli-ahli Perkasa baik di peringkat negeri mahupun bahagian.

Tindakan itu bertujuan untuk mewujudkan persepsi kononnya 'akar umbi' Umno turut menggesa dan mendesak agar Najib meletakan jawatan ekoran isu yang dibangkitkan oleh Mahathir.

Sedangkan majoriti ketua-ketua cawangan masih setia dibelakang Najib.

Sebagai contoh, baru-baru ini GKCM Gombak mendakwa mereka mewakili suara akar umbi, namun hasil penelitian yang dilakukan dari 240 lebih cawangan Umno di Gombak, hanya 5 cawangan yang menyokong gerakan Mahathir ini.

Malah dari 5 cawangan yang dimaksudkan itu pula hanya 20 ahli-ahli cawangan yang terlibat.

Paling kelakar 20 orang ahli Umno yang mendakwa mewakili suara akar umbi itu pula 'secara kebetulan' merupakan ahli Perkasa yang kuat menyokong Datuk Ibrahim Ali.

Sedangkan Ibrahim Ali sebelum ini secara 'diam-diam' telah mengadakan perjumpaan tertutup bersama Najib kononnya untuk menyatakan sokongan terhadap kepimpinan yang ada pada ketika ini.

Namun dimasa yang sama para penyokong Ibrahim Ali menyatakan sokongan terhadap gerakan Mahathir untuk mengulingkan Najib.

Persoalannya mengapa Perkasa yang dipimpin oleh Ibrahim bertindak seperti 'talam dua muka'?

... bersambung : Balqis Sheikh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...