Rabu, 2 Disember 2015

PAS DIRESAPI IS:TUDUHAN BERAT MAT SABU



Mat Sabu sekali lagi melancarkan serangan ke atas PAS, apabila mendakwa parti itu telah diresapi pemikiran pengganas IS.

“Saya sebagai presiden Amanah menuntut satu kajian serius dibuat Polis Cawangan Khas (SB) kerana ia bahaya kepada keselamatan negara Malaysia,” kata Mohamad dalam wawancara bersama The Malaysian Insider merujuk kepada pemikiran ISIS dalam PAS.

Budaya takfiri merujuk kepada tindakan mengkafirkan kumpulan yang berbeza pandangan. Menurut pandangan takfiri, mereka yang “dikafirkan” halal darahnya untuk dibunuh.

Anehnya, tuduhan ini lahir dari bekas orang nombor 2 di dalam PAS, yang terkenal dengan maki hamun pada setiap malam ceramah, dan sangat konsisten dalam siri pengkafiran berskala besar ke atas ahli-ahli UMNO.
Pernahkah kita mendengar Mat Sabu menolak amalan pengkafiran yang dibuat oleh PAS sewaktu beliau bersama parti tersebut selama puluhan tahun sehingga menjawat jawatan Timbalan Presiden PAS?
Bukanlah sesuatu yang asing bagi kita, bahawa Mat Sabu juga sering dikaitkan dengan golongan radikal Islam sewaktu bersama PAS.
Anehnya, modus operandi standard dalam mencipta persepsi ke atas mana-mana pertubuhan Islam apabila mengaitkannya dengan ISIS oleh media barat dan musuh-musuh Islam kini digunapakai pula oleh Mat Sabu.  Agak tepat juga bila Mat Sabu guna strategi yang sama ke atas PAS, sebuah parti yang mendakwa perjuangkan Islam.
Tentunya ini membawa khabar gembira kepada DAP, kerana Amanah kini sudah menjadi senjata ampuh bagi mengucarkacirkan PAS. DAP sedar, mereka masih gagal untuk menjadi jurucakap yang kredibel apabila melibatkan hal ehwal Islam. Kini, mereka sudah ada teman pengganti.
Mat Sabu berkata, bahawa resapan pemikiran ISIS inilah menjadi antara punca tertubuhnya Amanah. Cuma, ingin penulis bertanya, jika dia dan pro Anwarinas masing-masing menang tempoh hari sewaktu Muktamar PAS yang lalu, apakah Amanah akan ditubuhkan juga?
Hakikatnya, kita semua setuju bahawa ISIS bukanlah mewakili atau cerminan terhadap Islam yang sebenar.  Dan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Najib Razak sedang memainkan peranan penting dalam usaha untuk menyekat sebaran fahaman dan juga penyertaan rakyat Malaysia ke dalam kumpulan ISIS.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...