Ahad, 29 November 2015

PANAS: LIM GUAN ENG BALIK KE MELAKA ??

KUALA LUMPUR, 28 November:

Sehari sebelum pemilihan DAP Pulau Pinang, esok, sekumpulan yang membabitkan 40 orang mengadakan bantahan terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Sambil mengangkat sepanduk yang menuntut supaya Ketua DAP Pulau Pinang yang juga Ahli Majlis Eksekutif Negeri, Chow Kon Yeow diangkat sebagai Ketua Menteri, tuntutan lain yang dikemukakan mereka termasuk supaya Guan Eng kembali ke Melaka, semula.

Bantahan itu menjadi satu lagi cabaran buat kepimpinan Lim sejak 2008 ketika dia sebelum ini diminta untuk bertanding dalam pemilihan berkenaan serta membuktikan bahawa dia mendapat sepenuhnya sokongan daripada ahli DAP Pulau Pinang.


Pemilihannya menjawat jawatan Ketua Menteri berbanding Chow adalah berdasarkan kedudukannya sebagai setiausaha agung parti.

Sumber dalaman DAP berkat, ketika tidak diketahui siapa dalang di sebalik bantahan yang dibuat hari ini, mereka berasakan bahasa banyak isu yang sebenarnya sebelum ini dianggap dimasukkan di bawah karpet, kini terbuka satu persatu.

“Rasa tidak gembira terhadap cara pimpinannya sudah menggelegak bertahun-tahun di Pulau Pinang dan ia dilihat kian meledak tidak lama lagi.”

Pimpinan Lim mendapat tamparan hebat minggu lalu apabila usul Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) meminta supaya diadakan sesi pendengaran awam mengenai tambakan tanah di negeri itu, disokong Adun DAP manakala lima Adun Parti Keadilan Rakyat bersikap berkecuali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...