Rabu, 28 Oktober 2015

1MDB: Rupa-Rupanya Muhyiddin Kurang Cerdik, Padan Kena Buang

CARI PENYAKIT UNTUK DIRI SENDIRI

Lama kita menunggu apa masalah sebenar Muhyiddin Yassin dengan 1MDB sehingga dia sanggup mengambil risiko kehilangan jawatan. Semalam baru pertanyaan itu terjawab, tapi dari penjelasan itu sekadar menjelaskan bahawa keputusan Datuk Seri Najib Tun Razak menyingkirkan Muhyiddin adalah tepat!!

Pertama, Muhyiddin bantah suntikan modal kerajaan kepada 1MDB - sebuah syarikat kerajaan. Ini amalan biasa kerajaan zaman berzaman, Zaman Mahathir dulu lagi banyak kerajaan suntik modal pada syarikat-syarikat kerajaan.


MAS dan Proton umpamanya dah lama lingkup kalau kerajaan zaman Mahathir tak suntik modal tambahan.

Projek Bakun, Perwaja (baru sekarang lingkup) pun cerita yang sama. Malah Mahathir suntik duit kerajaan dalam entiti swasta seperti Renong (kemudian jadi UEM), Bank Bumiputra (sekarang CIMB), Malayan Banking (sekarang Maybank dan sebagainya.

Lebih buruk lagi, Mahathir arah Petronas beli syarikat kapal anak dia yang sedang nak lingkup - suntik modal jugalah kiranya tu.

Tanyalah Mahathir sekarang kalau penulis tipu, Mahathir belum nak mati lagi tu, boleh tanya.

Dalam semua keadaan itu Muhyiddin berada dalam kabinet, dalam kerajaan, kenapa dia tak bantah amalan itu dulu, kenapa sekarang? Apakah sebab Mahathir 'attack' 1MDB, maka itu Muhyiddin pun follow?

Kedua, Muhyiddin mengesahkan semua perbincangan mengenai 1MDB dibawa dalam kabinet, maksudnya Najib bukan diktator, Najib adalah pemimpin demokrasi yang sebenar. Najib tidak buat keputusan uniiteral, beliau serah pada kabinet untuk putuskan.

Dah baguslah macam tu, Muhyiddin nak bising apa?

Sekarang kita faham kenapa Muhyiddin mengadu kenapa dia seorang saja yang bersuara, memanglah, benda yang dia dok bising ni, takde apa pun, benda biasa yang kerajaan buat.

Sumber: Balqis Sheikh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...