Translate

10/09/2015

ROSMAH ADALAH PUNCA SEGALA-GALANYA PERTADBIRAN NAJIB HANCUR ???

Zeti Aziz enggan layan permintaan Rosmah

Antara apa yang Asia Sentinel laporkan semalam ialah, atas dasar takut, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz perlu dipecat kerana bimbang pendedahan ke atas penyiasatan skandal 1MDB yang dikaitkan dengan akaun peribadi Rosmah dan Najib.

Rosmah dikatakan marah dengan kebocoran maklumat berkenaan akaun banknya dan mengenai kemasukkan wang berjumlah RM2 Juta ke dalam akaun peribadinya.

Susulan dari kebocoran maklumat tersebut, Rosmah telah mengarahkan Zeti untuk menyiasat dan memaklumkan padanya pihak yang mendedahkan maklumat peribadi akaun banknya atau meletak jawatan dalam masa 72 jam

Malangnya Zeti enggan melayan permintaan atau arahan Rosmah itu dan sejak dari itu Zeti dijadikan sasaran untuk disingkirkan dari jawatan Gabenor Bank Negara.

Zeti juga dikatakan akan menyerahkan semua bukti berkaitan perbankan dan transaksi-transaksi yang melibatkan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan pelaburan 1MDB kepada pasukan khas.Zeti menurut Asia Sentinel akan memberikan kerjasama penuh kepada pasukan khas. Walaupun Zeti tidak mendedahkan sebarang maklumat kepada media.


Perkara inilah yang membimbangkan pentadbiran Najib memandangkan Zeti tidak boleh dipecat ikut suka Najib kerana jawatan Gabenor Bank Negara hanya boleh dipecat, ditukar atau dilantik oleh Agung sahaja.. 
KLIK DISINI

Terjemahan cerita sepenuhnya sila baca di SINI 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...