Khamis, 17 September 2015

AZMIN ALI MELAYU TAK SEDAR DIRI


KUALA LUMPUR, 17 Sept:

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menyifatkan perhimpunan Baju Merah yang berlangsung di Padang Merbok semalam sebagai ‘memalukan’.

Menurut beliau, negara berdepan dengan hari yang memalukan apabila ribuan peserta Baju Merah, dengan kebenaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, turun ke Kuala Lumpur dan meniup sentimen ketuanan Melayu serta mencetuskan kebencian terhadap kaum lain khususnya Cina.

“Hari ini adalah hari di mana rakyat Malaysia bersatu, sebagaimana yang mereka lakukan di Taman Tasik Shah Alam, Selangor, berjalan untuk perpaduan bagi memenangi cita-cita keamanan, hormat dan kasih sayang.


“Jadi tidak boleh digambarkan dengan kata-kata melihat perbuatan memalukan segelintir rakyat Malaysia berbaju merah, melaungkan slogan perkauman dan meluahkan penghinaan dan kebencian terhadap komuniti lain,” katanya dalam satu kenyataan media.

Azmin turut mempersoalkan sama ada ini adalah idea terbaik Umno dalam mengembalikan maruah Melayu.

“Adakah mereka cuba melakukannya dengan membawa ribuan peneroka Felda dan ahli parti daripada seluruh negara dan membiarkan mereka huru-hara dan menghina orang lain?

“Adakah ini idea Umno untuk menunjukkan sokongan terhadap Perdana Menteri? Menimbulkan sentiment anti-Cina dan anti-DAP, membuat provokasi dengan berarak ke Low Yat dan Jalan Petaling?” soalnya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar turut mendakwa perhimpunan berkenaan ‘menjual maruah Melayu’.

“Hari Malaysia sepatutnya diraikan dengan mengukuhkan ikatan sesama kita dan mengekang sebarang sentimen perkauman.

“Masyarakat Melayu menolak perkauman, mengekalkan persahabatan dan membangtu antara satu sama lain. Orang Melayu juga merupakan kaum jujur yang sentiasa memaafkan dan mementingkan ikatan kekeluargaan.

“Sebagai kaum majoriti, kita sepatutnya menunjukkan teladan yang baik kepada kaum lain bagi memastikan perpaduan antara kaum dapat dikekalkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber: KLIK SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...