Ahad, 13 September 2015

‘Anjing menyalak babi yang ada di bukit’

SHAH ALAM, 12 September:

“Anjing tak salak bukit tapi anjing menyalak babi yang ada di bukit itu. Ini yang sebenarnya.”

Itu kata Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucaptama di Kongres Rakyat yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Katanya, Kongres Rakyat yang diadakan buat julung kalinya bukan seperti ‘anjing menyalak bukit’ kerana ia berperanan sebagi platform untuk menegur kepimpinan kerajaan.

Sebaliknya kata Abdul Hadi, ia merupakan pentas rakyat untuk saling memberi pandangan terhadap permasalahan yang dihadapi oleh mereka dan memberi tekanan kepada kerajaan pemerintah.

“Kongres hari ini mengajar kita bertukar fikiran walaupun kita adalah golongan yang lemah. Orang boleh kata kita macam anjing salak bukit sahaja, ya macam anjing salak bukit.

“Kita tak salak bukit. Menyalak kelemahan yang berlaku, najis-najis yang mempalitkan kita semua. Marilah selesaikan masalah ini dengan sebaiknya,” katanya.

Menurutnya yang juga Presiden PAS, permasalahan yang berlaku ini adalah disebabkan kesemua pihak sering bercakaran sesama sendiri sama ada soal parti mahupun kaum.

“Kenapa? Sibuk bercakaran antara satu sama lain. Kita mengaku PAS juga bercakar, Umno juga bercakar, semua parti-parti bercakar antara satu sama lain.

“Bercakar dalaman, bercakar antara kaum. Sama-sama kaum pun bercakar. Kita tak menggunakan sikap kemanusiaan yang sebenar yang ada pada kita. Sebab itu kami memperkenalkan acuan Islam,” ujarnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...