Translate

06/07/2015

Pertemuan Khairuddin-Brown Ada Kaitan Pendedahan SR?


Jika benar, tindakan tegas perlu diambil.

PETALING JAYA: Gambar Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bersama pengasas Sarawak Report (SR), Clare Rewcastle Brown menimbulkan syak mengenai pembabitannya sebagai pemberi maklumat yang membawa kepada pendedahan isu berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Berdasarkan carian The Star, didapati Khairuddin yang secara terang mengkritik 1MDB memuatnaik gambar di Facebook beliau pada 1 Julai lalu selepas pertemuan di London. Mereka dikatakan membicarakan mengenai penahanan bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd, Xavier Andrea Justo.

Justo, warga Switzerland ditahan polis Thailand kerana didakwa membocorkan rahsia syarikat kepada SR.
Khairuddin, bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Batu Kawan menulis bahawa Brown mengesahkan peguam SR mengirim notis kepada syarikat risikan siber, Protection Group International (PGI) untuk mengesahkan jika PGI terbabit dalam laporan New Straits Times (NST) iaitu artikel SR adalah berasaskan dokumen yang dipalsukan Justo.
"Bagaimanapun, PGI gagal mengesahkan sama ada sumber yang mendedahkan kepada NST adalah daipada syarikat sama," kata Khairuddin.
Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...