Translate

04/07/2015

MAHFUZ JANGAN LAH JADI BODOH SANGAT, MACAM MANA DENGAN KABINET BAYANGAN PKR ???


INI BARU DINAMAKAN "WAKIL RAKYAT BADUT"

ALOR SETAR - Kerajaan wajar mengurangkan saiz kabinet dari 35 kepada 19 menteri dan timbalan menteri sahaja. 

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia dapat mengurangkan perbelanjaan negara dengan memecat mereka yang tidak berkualiti dan berintegriti.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hampir pasti akan melakukan rombakan kabinet berikutan krisis yang berlaku dalam MIC.


“Persoalannya bukan sekadar rombakan tetapi apakah negara memerlukan 35 menteri untuk menguruskan negara yang rakyatnya tidak melebihi 30 juta orang,” katanya kepada media di Kompleks Pas Pokok Sena, hari ini.

Menurutnya, negara maju dan besar seperti Jepun hanya mempunyai 16 menteri untuk rakyat berjumlah 127 juta, Amerika Syarikat 18 menteri untuk 313 juta penduduk dan India 32 menteri untuk 1.2 bilion penduduk. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...