Khamis, 19 Februari 2015

PERKARA YANG MUDAH JANGAN DISUSAHKAN !!!


Palanivel.....Palanivel...... cuba jangan suka menyusahkan orang lain ???

PERJUMPAAN antara Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam hari ini mencapai keputusan untuk pemilihan semula MIC diadakan.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, perjumpaan itu disertai oleh beliau serta Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Antara keputusan perjumpaan itu termasuklah menggunapakai senarai ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC tahun 2009 seperti diputuskan Pendaftar Pertubuhan (ROS).


“Presiden MIC akan memanggil mesyuarat segera CWC tahun 2009 untuk penubuhan sebuah Jawatankuasa Pemilihan Bebas dalam kalangan MIC sahaja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 9 Februari lalu, ROS memutuskan bahawa MIC perlu mengadakan semula pemilihan bagi semua jawatan dari peringkat presiden hingga cawangan parti.

Antara arahan ROS ialah ahli CWC yang dipilih pada tahun 2009 akan memegang jawatan sebagai ahli CWC sementara sehingga proses pemilihan semula selesai sepenuhnya.

Kehadiran Palanivel dalam perjumpaan itu merupakan perkembangan terbaharu dalam penyelesaian kemelut parti tersebut selepas beliau tidak hadir dalam perjumpaan dengan Najib serta Subramaniam kelmarin.

Menurut Tengku Adnan, pemilihan peringkat Cawangan MIC akan diadakan pada April ini manakala pemilihan Presiden MIC pada Mei depan.

“Pemilihan peringkat Bahagian MIC diadakan pada Jun depan manakala pemilihan sayap Wanita, sayap Pemuda, sayap Putera dan sayap Puteri MIC dalam tempoh dari April hingga Jun depan.

“Pemilihan jawatan Timbalan Presiden, ahli CWC dan Naib Presiden serta Mesyuarat Agung MIC diadakan dalam bulan Julai depan,” katanya.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...