Selasa, 27 Januari 2015

TIMBUL LAGI MASALAH NEGARA - SALAH SIAPA ???

Warga Pakistan monopoli perniagaan di Ayer Hitam - PENDATANG JADI TAUKE

Johor Bahru: Tidak sampai lima tahun dibuka, kawasan perniagaan di Bandar Baru Ayer Hitam, Kluang di sini, kini dimonopoli peniaga permaidani dan perhiasan rumah warga asing.

Jadi, tidak hairanlah penduduk setempat menggelar kawasan itu sebagai 'Little Pakistan'.


Tinjauan BH ke kawasan perniagaan berhampiran perhentian bas Ayer Hitam itu mendapati hampir semua premisnya dikuasai peniaga warga Pakistan dengan hanya segelintir kelihatan warga tempatan yang berurus niaga di situ.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Hanip, berkata warga Pakistan sudah rancak memulakan perniagaan sekitar tahun 1990-an, namun ketika itu mereka tidak memiliki premis sendiri.

"Dulu mereka pergi rumah ke rumah dengan menunggang motosikal menjual permaidani atau pakaian. Kawasan ini baru saja dibina sekitar tahun 2010, namun cara mereka menjalankan perniagaan di sini seolah-olah seperti sudah puluhan tahun menetap di negara ini," katanya.

Tinjauan BH di Kota Tinggi turut mendapati warga asing menguasai perniagaan menjual kain dan aksesori wanita, selain rakyat Indonesia pula membuka restoran makanan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...