Selasa, 23 Disember 2014

MANUSIA APAKAH INI ??? BENAM KUCING DALAM MANGKUK TANDAS ?


KUALA LUMPUR, 22 Disember: Sebuah video yang memaparkan seorang lelaki MELAYU memegang kucing lalu merendamkannya ke dalam mangkuk tandas tersebar di laman media sosial, Facebook.

Video berdurasi 53 saat itu dimuat naik oleh Friends Of BN – Barisan Nasional yang dalam statusnya meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera mengambil tindakan terhadap lelaki terbabit mendapat lebih 50,000 tontonan, 3,600 likes dan 2,388 komen serta 3,328 perkongsian.

“Diminta Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan terhadap lelaki dalam video ini.

“Kami di Friends of BN – Barisan Nasional tidak mahu melihat perbuatan membuli binatang seperti ini berleluasa di Malaysia,” menurut status di laman Facebooknya.

Majoriti pengguna-pengguna media sosial meluahkan rasa marah dan mengutuk tindakan keji lelaki terbabit.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...