Translate

22/11/2014

Hadi tolak PKR dan DAP ?

Penjelasan ikhlas DS Haji Abdul Hadi Awang:

Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat hanya mengikut kemahuan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim, itu pendedahan orang kuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang Roslan Abdullah dalam facebooknya.
"Tahukah anda mesyuarat dibuat biasanya tergesa-gesa ikut kemahuan Anwar Ibrahim, sedangkan Tuan Guru Haji Hadi ada jadual asal yang disusun.
"Mesyuarat pula lebih kepada mengesahkan apa yang Anwar mahu sahaja," dedahnya.

Roslan Abdullah turut menolak dakwaan yang menuduh Hadi tidak hadir mesyuarat PR sejak 20 bulan lalu, kerana pada Januari Presiden PAS masih memberi komitmen beliau dalam mesyuarat tersebut.
Menurutnya lagi, mesyuarat itu tidak layak dipanggil sebagai ‘Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat' kerana Hadi sahaja yang mewakili Presiden PAS berbanding dengan PKR dan DAP.
"Ini mesyuarat majlis Pakatan bukan mesyuarat presiden-presiden parti.
"Kenapa tak pertikai Wan Azizah Presiden PKR tak hadir pun... Apa kapasiti Anwar hadir? Apa pengesahan Anwar di sudut perlembagaan PKR ? Sedangkan Anwar diangkat kononnya ‘Ketua Umum PKR' beliau bukan ketua umum PR pun," katanya lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...