Translate

27/06/2014

UDAH UDAH LAH NURUL, ABANG MAT KAN ADA !!!!



Konflik perkahwinan anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dengan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim masih gagal menemui jalan penyelesaian walaupun perbincangan melalui Jawatankuasa Pendamai (JKP) diadakan pada 26 Mei lepas.

Ini berikutan defendan, Raja Ahmad Shahrir Iskandar masih tetap dengan berpendirian untuk tidak menceraikan isterinya yang dinikahinya sejak 2003.

Terdahulu, Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah, Ab Malek Awang berkata mengikut laporan JKP, konflik antara Nurul Izzah selaku plaintif dan suaminya bermula sejak 2005, iaitu dua tahun selepas mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua anak.

"Kemelut yang dihadapi pasangan itu masih berlarutan sehingga kini malah, mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak 17 April lepas," katanya ketika membaca laporan yang disediakan Penolong Pengarah/Pegawai Runding Cara Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Hazman Hashim.

Katanya pasangan itu didakwa sudah tidak mempunyai persefahaman walaupun pelbagai usaha dijalankan untuk mendamaikan pasangan suami isteri itu.

"Hasil perbincangan (JKP), plaintif nak teruskan perceraian kerana tiada persefahaman, tetapi defendan tetap tidak bersetuju (untuk bercerai). Justeru, JKP menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskan tindakan lanjut kerana tiada ruang perdamaian yang dapat diwujudkan antara pihak-pihak," katanya.

Sementara itu, peguam Nor Mawaddah Ramli yang mewakili Nurul Izzah memohon mahkamah mensabitkan wujudnya 'Shiqaq' atau perbalahan berpanjangan dalam perkahwinan itu dan melantik 'Hakam' mengikut Seksyen 48 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.

'Hakam' adalah sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh mahkamah untuk menasihati suami melafazkan talak tetapi sekiranya suami masih enggan maka 'Hakam' tersebut akan melafazkan talak bagi suami.

Bagaimanapun, peguam syarie Zulkifli Che Yong yang mewakili Raja Ahmad Shahrir Iskandar mencadangkan mahkamah menyerahkan laporan JKP kepada pihaknya untuk diteliti sama ada perbincangan yang dijalankan itu mengikut kehendak di bawah Seksyen 47(7),(8),(9),(10) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 atau sebaliknya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...