Sabtu, 24 Ogos 2013

TEPAT, CEKAP DAN BERWAWASAN - takkan bersimpati dengan penjenayah

2 pasukan khas polis ditubuh - TAHNIAH DS DR. AHMAD ZAHID HAMIDI

PETALING JAYA: Dua pasukan khas dianggotai 400 anggota dan pegawai polis terlatih dari Bukit Aman ditubuhkan bagi membanteras kes jenayah berat dan dadah dengan lebih berkesan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pasukan itu yang diluluskan segera Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah pun beroperasi termasuk dalam kes terbaru membabitkan lima penjenayah yang ditembak mati di Pulau Pinang. 
"Pasukan ini terdiri daripada anggota yang takkan bersimpati dengan penjenayah sepertimana penjenayah yang tak bersimpati dengan sesiapa. 

"Ia diketuai oleh seorang komisioner dan mereka tidak perlu melapor kepada Ibu Pejabat Kontinjen Polis mahupun Ibu Pejabat Polis Daerah.

"Secara tidak langsung, penubuhan skaud ini juga dapat memulih persepsi negatif masyarakat yang mengatakan pegawai dan anggota polis di bahagian negeri atau daerah bermasalah atau menerima rasuah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Forum Pencegahan Jenayah: Undang-Undang Semasa dan Langkah-Langkah untuk Mencegahan Jenyah Kekerasan Secara Berkesan di sini, hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...