Translate

10/08/2013

Istiaq Mubarak meninggal dunia


KUALA LUMPUR: Bekas atlet kebangsaan, Istiaq Mubarak meninggal dunia di rumahnya di Taman Zoo View, Ulu Klang di sini, jam 9.55 pagi tadi.
Difahamkan, Allahyarham yang berusia 65 tahun ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik air rumahnya sebelum dikejarkan ke Hospital Ampang Puteri dan disahkan sudah meninggal dunia akibat sakit tua. 
Ketika era kegemilangannya, Allahyarham pernah memenangi gangsa acara 110m berpagar di Sukan Asia 1966 dan perak pada temasya sama lapan tahun kemudian. 

Allahyarham turut mewakili negara di sukan Olimpik Mexico 1968, Munich 1972 dan Montreal 1976.

Ketika di Montreal, Allahyarham menjadi atlet Malaysia kedua layak ke separuh akhir selepas M Jegathesan yang layak pada 1964 di Tokyo.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ulu Klang selepas solat Jumaat hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...