Translate

06/08/2013

IMEJ JABATAN DAN MARUAH DIRI TERCEMAR GARA-GARA SEEKOR KERBAU !!!

Gambar hiasan

Empat ditahan tembak kerbau untuk jualan Aidilfitri

Kuala Lumpur: Empat lelaki termasuk seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan polis selepas menembak seekor kerbau dipercayai untuk dijual menjelang Aidilfitri dalam kejadian di Bukit Tagar, Hulu Selangor, kelmarin. 

Dalam kejadian jam 4 petang itu, empat suspek terbabit dikatakan leka memunggah daging kerbau yang sudah siap dilapah ke dalam dua kereta di kawasan hutan itu. 

“Perbuatan itu terbongkar selepas penduduk kampung mendengar bunyi tembakan, pantas memaklumkan kepada pemilik ternakan yang kemudian melaporkannya kepada polis. 

Difahamkan, lokasi itu memang dijadikan tempat mengumpul ternakan oleh pemiliknya hampir setiap hari. Tindakan empat suspek itu dipercayai untuk mengaut untung mudah dengan menjual daging kerbau di pasaran menjelang Aidilfitri tidak lama lagi berikutan permintaan tinggi umat Islam ketika itu. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...