Jumaat, 23 Ogos 2013

DATUK ABDUL RAHIM HANAFI MEROYAN DI PULAU PINANG ???


Berbagai-bagai tekanan ditanggung oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi dalam usaha untuk membenteras kes-kes jenayah kekerasan yang membimbangkan penduduk di negeri itu.

Beliau sendiri turun padang memakai vest kalis peluru dengan bersenjatakan MP5.... seperti nak melancarkan serangan ke atas pengganas Sulu pulak.


Tapi yang peliknya mana perginya pegawai dan anggota Cawangan Pencegah Kongsigelap/ Maksiat dan Perjudian (D7) negeri itu yang telah dipertanggungjawabkan dalam kes-kes kongsigelap sehinggakan perkara sebegini boleh berlaku??? Bukan hendak menuding jari kepada mana-mana pihak, tapi hanya untuk memperingatkan kembali sejarah lama D7 PDRM.

Kumpulan kongsigelap 04 contohnya begitu berani untuk mencabar kewibawaan PDRM setelah beberapa orang ahlinya ditembak mati tempohari dengan membuat ugutan menconteng dinding Ibu Pejabat Polis serta pondok polis dibeberapa tempat sepertimana gambar dibawah:

Ini menunjukkan mereka-mereka ini begitu berani dan kurang ajar bertindak mengikut suka hati mereka dan berkemungkinan didalangi oleh pihak-pihak tertentu untuk mengkucar-kacirkan negara ini.

Atau dengan alasan undang-undang Ordinan Darurat 5/69 telah dimansuhkan ?? Tak mungkin.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...