Rabu, 27 Mac 2013

KOREA SELATAN MENGHARAMKAN PELAJARNYA MENUNTUT DI TIMOR INDIA ??

Kolkata: Tiga lelaki didakwa mencabul seorang pelajar Korea Selatan dalam sebuah bas di timur India, kata polis kelmarin dalam insiden terbaru menaikkan kebimbangan berhubung keselamatan wanita di negara itu. 

Pelajar kolej berusia 20 tahun itu cuba menaiki sebuah bas penuh sesak di sini awal pagi semalam apabila tiga lelaki cuba mengheretnya keluar dari kenderaan itu, kata pegawai polis Subhendu Barik kepada AFP. 

“Mangsa berjaya menaiki bas. Kumpulan lelaki terbabit juga menaiki bas dan berdiri di belakangnya”, kemudian didakwa merabanya,” katanya. 

Mangsa buat aduan 

Pelajar jurusan sains komputer itu melompat keluar dari bas dengan lelaki yang menyerangnya mengekorinya. 

Mangsa berlari ke arah seorang pegawai polis lalu lintas yang membantu menangkap seorang daripada tiga pencabul dan membawanya ke balai polis berhampiran untuk membuat aduan. 

Pengguna pengangkutan awam wanita di India berdepan gangguan seksual setiap hari dalam bas dan kereta api penuh sesak negara itu, di mana bilangan lelaki melebihi wanita. 

Insiden rogol beramai-ramai membawa maut seorang pelajar wanita 23 tahun dalam sebuah bas bergerak di ibu kota New Delhi Disember lalu mendedahkan masalah kekurangan pengangkutan selamat buat wanita di negara dengan 1.2 bilion penduduk itu. 

Polis berkata mereka memburu dua lagi lelaki yang dituduh mencabul wanita Korea Selatan yang belajar di bandar ini - AFP

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...