Translate

24/11/2012

TAHNIAH AZLINA TERUSKAN SAMAN KEATAS KUCING KURAP MAZLAN ALIMAN

aza-mazlan513
Tindakan Datuk Seri Azalina Othman mahu meneruskan saman fitnah terhadap Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Malaysia (Anak) rupa-rupanya membuat Pakatan Pembangkang tak senang duduk sampaikan ada yang menasihatkannya supaya tarik balik.

Nampak gaya, tindakan mereka itu secara tidak langsung menunjukkan pembangkang mengakui Mazlan Aliman sememangnya telah memfitnah Azalina berhubung isu projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang.

Pada sidang media di parlimen, Rabu, Azalina berkata dia ditemui beberapa pemimpin pembangkang yang memintanya supaya jangan menyaman Mazlan Aliman.

"Mereka kata saya tak payah samanlah, kesian Mazlan bukan ada duit. Tetapi saya kata, saya saman Mazlan bukan sebab duit, tetapi atas dasar prinsip. Dia datang kawasan saya dan buat fitnah.  Saya kata nak selesai perkara ini luar mahkamah pun boleh. Tapi apabila peguam saya bercakap dengan dia, Mazlan beriya-iya kata tak apa dan tak kisah jumpa saya di mahkamah.

"Ini reputasi saya. Memanglah saya sensitif bab ini. Janganlah tuduh saya penyebab nak buat rakyat Pengerang merana. Ini tak betul. Dia (Mazlan) nampak macam hero, tetapi tak macam hero. Tak apalah dia nak pergi mahkamah. Saya tak ada masalah sebab saya tahu dia tak ada bukti. Inilah Mazlan Aliman. Inilah stail pembangkang, masuk kawasan wujudkan fitnah," kata Azalina.

Azalina berkata dia melihat Mazlan sengaja menggunakan isu Rapid bagi mengambil kesempatan terhadap kedudukannya agar rakyat memberi gambaran yang buruk kepada dirinya.

Sementara itu, menyentuh soal projek Rapid, Azalina berkata menegur Petronas agar tidak memperlekehkan kepakaran anak-anak Pengerang yang menurutnya berhak diberikan tempat dalam aktiviti pembangunan berkenaan kerana ia dilakukan di kawasan mereka.

Azalina berkata dia berkecil hati apabila setiap kali bercerita tentang projek Rapid orang Petronas kata orang Pengerang ini setakat boleh bawa lori atau jadi pengawal keselamatan.

“Saya nak tegur Petronas, jangan kata orang Pengerang ni boleh bawa lori sahaja, bila berjumpa dengan saya mereka kata kita ada jawatan untuk pemandu lori.

“Apa mereka (Petronas) ingat orang Pengerang ini tiada ilmu ke?” soalnya. Ramai anak-anak Pengerang yang berjaya dan ada ketua-ketua jabatan atau pengarah yang berasal dari Sungai Kapal dan Kampung Jawa.


“Jangan perlekeh orang tempatan. Jangan kita makan daging, kemudian mereka kita beri tulang, jika tidak kita utamakan anak tempatan, esok lusa (Pengerang) akan penuh dengan bangsa luar.

Azalina berkata, melalui penerapan kursus-kursus petrokimia di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Pengerang, ramai anak-anak muda di daerah berkenaan bakal mempunyai kepakaran khusus untuk bidang tersebut, yang membolehkan mereka menyumbang dalam projek Rapid.

"Sebagai Ahli Parlimen, saya akan tetap perjuangkan supaya orang tempatan diberikan tempat utama dalam projek Rapid, bukan sahaja dalam bidang perniagaan, tetapi juga dalam bidang hak milik harta, pendidikan dan pekerjaan.

"Apabila projek Rapid siap, anak-anak Melayu dapat manfaat dan kita akan dapat lihat tak ada penghijrahan atau mat rempit. Kalau saya tak perjuangkan hak orang Pengerang bermakna saya menderhaka kepada pengundi, terutama pengundi muda," katanya.

Azalina mencadangkan pembentukan satu jawatankuasa khas yang meletakkan agensi kerajaan negeri dan pusat, masyarakat setempat dan persatuan belia untuk membincangkan perancangan pembangunan penduduk dari 10 buah kampung yang terbabit dalam pemindahan projek Rapid.

Mengenai perancangan pembinaan Bandar Baharu Felda di Pengerang, Azalina berkata Lembaga Felda akan bermesyuarat minggu hadapan untuk memajukan 100 ekar tanah untuk fasa pertama projek berkenaan. - 22/11/2012 OLHE NOOR HASILAH ISMAIL

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...