Translate

02/09/2012

LAGI GAMBAR YANG BUAT PAS MEROYAN!!!

Kalau sebelum ni, gambar Ustaz Nasha dengan Perdana Menteri menjadi topik hangat diperbualkan dikalangan pauk - puak Parti Angguk Saja ni.

Puas diorang meroyan sakan menuduh Ustaz Nasha dengan macam - macam tohmahan dan cacian. Dikatanya Ustaz Nasha Gila Kuasa dan Jawatan.

Nah!!! Sekarang, keluar pulak gambar Ustaz Nasha tersenyum bersama dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin. Apa pulak la dakwaan dan tohmahan yang akan dilemparkan oleh mereka lepas ni ye?
KUALA LUMPUR - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat didakwa tidak akan berani mengambil tindakan ke atas bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dalam tempoh terdekat kerana belum mendapat arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, beliau yakin Menteri Besar Kelantan itu sengaja melengah-lengahkan tindakan yang akan diambil ke atas Nasharudin kerana tidak mempunyai waktu bertemu dan berbincang dengan Anwar mengenai bentuk hukuman itu.

"Nik Abdul Aziz tidak akan berani mengambil tindakan itu sebelum mendapat arahan daripada Anwar.
"Ini kerana beliau sendiri berada di bawah telunjuk Anwar dan cengkaman DAP," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Nik Abdul Aziz menegaskan, masa depan bekas Timbalan Presiden Pas itu dalam parti berkenaan bakal ditentukan dalam mesyuarat agung akan datang parti tersebut.

Beliau yang sebelum ini bersikap dingin terhadap Nasharudin berkata, banyak kenyataan mengenai isu itu telah dikeluarkan, justeru semua pihak perlu menunggu sehingga mesyuarat agung parti untuk mengetahui keputusannya.
Sumber: semuthitam 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...