Translate

20/09/2012

Hasan Ali tak hairan puak parasit dalam PAS membisu pasal tweet Ngeh...

hasan-pc1xx
JUAK PAS TERLALU TAKUT DENGAN DAP

Presiden JATI, Datuk Dr Hasan Ali tidak terperanjat jika pemimpin PAS yang dilabelkan beliau sebagai parasit dalam parti itu menyepi diri membisu tanpa bahasa dalam isu tweet Ngeh Koo Ham yang mengina umat Islam sedang membantah penerbitan filem Innocence of Muslims.

Tegasnya, beliau memang mahu melihat pemimpin-pemimpin PAS tampil kehadapan terutama golongan itu menyatakan pendirian mereka tetapi percaya mereka akan membisu seperti  biasa berlaku sebelum ini.


Mengulas lanjut isu tweet pemimpin DAP itu, Dr Hasan merasakan kenyataan tersebut menggambarkan kejahilan peringkat darjah tertinggi Ngeh tentang Islam walaupun DAP sudah berkawan dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS)  buat sekian lamanya.

“Kenyataan sedemikian sudah tentu menyinggung perasaan dan menghiris jiwa keIslaman masyarakat Islam dalam konteks mempertahankan aqidah sehingga sanggup menginfaqkan nyawa untuk mempertahankan kesucian agama mereka,”.

“Perasaan sedemikian terbayang dalam demontrasi yang diadakan dikebanyakkan negara Islam dan seperti yang diketahui, ramai menjadi korban akibat daripada manifestasi keimanan yang dipaparkan oleh mereka,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan dipecat daripada parti itu awal tahun ini, Dr Hasan melihat kenyataan pemimpin DAP Perak itu seolah-olah mencabar maruah dan tingkat kesabaran masyarakat Islam di negara ini.

“Tak cukup dengan kenyataan Karpal Singh yang berterusan bersifat menghina Islam, rupa-rupanya ramai lagi pemimpin-pemimpin DAP yang mudah menyatakan pendirian anti Islam tanpa mengira sensitiviti masyarakat Islam,” katanya.

Tegasnya, Ngeh yang dianggap senior dan sudah begitu lama bergiat dalam politik seharusnya dapat membaca reaksi masyarakat Islam.

ADUN Bebas Gombak Setia itu bimbang kenyataan-kenyataan seperti ini boleh menimbulkan kemarahan dan seterusnya tindakan yang tidak boleh dijangkakan mungkin di ambil masyarakat Islam yang terasa begitu di hina oleh orang-orang bukan Islam yang selama ini mereka hormati.-19/9/2012

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...