Translate

13/09/2012

Bank Negara digesa kaji prosedur lelongan

PELABUHAN KLANG: Bank Negara Malaysia digesa supaya mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) membabitkan lelongan harta benda, kenderaan, bangunan dan perumahan kerana SOP berkenaan dianggap berat sebelah selain membebankan pengguna.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Datuk Dr Jacob George berkata, sehingga semalam, pihaknya menerima kira-kira 800 aduan daripada pengguna di seluruh negara membabitkan aset mereka yang dilelong tanpa pengetahuan individu yang terbabit.


Dr Jacob berkata, daripada jumlah itu, 90 peratus daripadanya adalah golongan berpendapatan rendah.



“Berdasarkan siasatan yang dilakukan, kami mendapati apabila ada pembeli yang mendiami sesebuah rumah baru menyedari bahawa rumah mereka sudah dilelong tanpa pengetahuan mereka.


“Apabila berlaku insiden seperti ini pengguna ditindas kerana tidak dimaklumkan selain tidak mendapat maklumat yang sepatutnya membabitkan lelongan yang dilakukan bank.



“Pada pendapat saya, semua aduan boleh diselesaikan sekiranya semua pihak berkaitan menjalinkan kerjasama dan Bank Negara menyemak semula SOP yang diguna pakai ketika ini,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...