Translate

31/08/2012

'Janji Demokrasi' - Risalah Tukar Bendera Jalur Gemilang Diedar.

alt
PIHAK BERKUASA PERLU BERTINDAK TEGAS

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Perhimpunan Janji Demokrasi yang sedang berlangsung malam ini turut mendapat perhatian beberapa peserta berikutan pengedaran risalah desakan agar bendera Jalur Gemilang ditukar kepada reka bentuk yang pernah direkabentuk khas dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebelum mencapai kemerdekaan satu ketika dahulu.


alt

Sebelum ini, aktivis politik Hishamuddin Rais yang juga merupakan salah seorang tulang belakang penganjuran Perhimpunan malam ini menerusi pernah mempersoalkan rekabentuk Jalur Gemilang dan cetusan lagu/lirik Negaraku. Kritikan beliau disiarkan menerusi rakaman Rentakini.TV. Ianya disiarkan menerusi rakaman Rentakini.TV berjudul 'Negara Ciplak.'

alt

9.40 malam - Peserta mula berkumpul sambil meniup vuvuzela berhampiran Dataran Merdeka.

9.45 malam -  Peserta dilihat semakin bertambah  bermula di Jalan Lok Ann Hotel ke tapak bekas Stesen Bas Klang yang dirobohkan baru-baru ini.

alt

11 malam - Lebih 3 Ribu peserta telah berkumpul di Dataran Merdeka.

11:15 malam - Kelihatan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuklah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mula tiba di Dataran Merdeka.

Bacaan puisi dari Sasterawan Negara A. Samad Said  berlangsung sejurus jam 12 tengah malam. Ia disusuli dengan perarakan peserta hingga ke perkarangan Pusat Membeli Belah Sogo diketuai oleh Hishamuddin Rais.

Sumber: klpos

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...