Translate

07/08/2012

Adun Kota Alam Shah patut diajar ???



Adun Kota Alam Shah perkecil Chong Wei

SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyelar kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang didakwa mempolitikkan kekalahan tipis  Datuk Lee Chong Wei di tangan Lin Dan di Sukan Olimpik London 2012, semalam.

Walaupun kesemua kenyataan pemimpin pembangkang tersebut dibuat di Twitter masing-masing bersifat peribadi tetapi secara tidak langsung menunjukkan kekesalan dengan kenyataan dibuat wakil rakyat DAP itu.

Anwar menulis di Twitternya  ketika menjawab pertanyaan seorang pengikutnya “ulasan tidak bijak; pertahan semangat sukan!”.

Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad juga mengutuk kenyataan Manoharan yang dikatakan tidak wajar dikeluarkan.

Menurutnya, beliau percaya kenyataan seperti itu dibuat kerana terlalu taksub dengan politik, maka terbawa-bawa hingga ke sukan.

“Kenyataan seperti itu tidak wajar dan tidak sepatutnya dikeluarkan kerana pada saya itulah kalau terlalu taksub pasal politik.

“Sepatutnya beliau (Manoharan) lebih terbuka mengenai perkara itu dan tidak mencampuradukkan antara politik dan sukan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Nik Nazmi di dalam

Twitternya menyebut ‘tak wajar mana-mana pihak memperkecilkan usaha Chong Wei semalam kerana ketaksuban’.

Malam kelmarin, Manoharan dilihat mula menulis kenyataan-kenyataan di Twitter sejurus selepas Chong Wei tewas dengan mengatakan Lin Dan telah menang dan dia bermain lebih baik daripada "Lee Chong AWAY...".

Malah Manoharan turut dicemuh oleh beberapa pengguna laman sosial itu ekoran kenyataan yang dibuat ketika rakyat negara ini dilihat sedang bersedih ekoran kegagalan Chong  Wei membawa pulang emas pertama untuk negara.

Ia merupakan peluang terakhir Chong Wei untuk menghadiahkan sebutir pingat emas kepada 28juta penduduk negara ini.

Lebih menyentuh perasaan orang ramai apabila Chong Wei  turut meminta maaf di Twitternya “terima kasih semua saya minta maaf saya tidak dapat emas”.

Dalam perkembangan sama, Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh dilihat turut tidak senang dengan tulisan Manoharan apabila beliau menulis “sesetengah ahli politik tidak seharusnya menggunakan sosial media sekiranya mereka kurang berupaya untuk berfikir sebelum 'bertwitter’."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...