Isnin, 11 Jun 2012

TANAH PERKUBURAN CINA DI BACHOK DIJADIKAN TEMPAT MAKSIAT / PENAGIH


 Jirat jadi lokasi perbuatan tidak bermoral

BACHOK - Pengerusi Persatuan Perkuburan Cina Bachok Kelantan, Datuk Dr Alex Ong berkata, akibat perbuatantidak bermoral itu, jarum suntikan dan kondom banyak ditemui bertaburan di kawasan tersebut.

Menurutnya, untuk mengelak kejadian sama berulang, pihaknya membersihkan kawasan jirat tersebut secara berkala.

“Kami amat kesal dengan perbuatan tidak bermoral yang dilakukan di kawasan ini. Ia menjadi tumpuan golongan penagih dan perbuatan sumbang disebabkan lokasinya di pedalaman dan jauh dari laluan utama.

“Jarum dan kondom di Jirat Cina yang terpencil ini diubahsuai oleh waris keluarga, untuk mengelakkan ia terus menjadi sasaran golongan tertentu yang melakukan perbuatan tidak bermoral termasuk penagihan dadah dan maksiat.

“Jarum dan kondom di temui bersepah di kawasan ini, sebab itu kami perlu bersihkan dan membina pagar untuk melindungi kawasan berkenaan. Tambahan pula beberapa binaan baru seperti wakaf dan pintu gerbang dibina, kami bimbang ia akan dirosakkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Justeru, kami harap pihak berkuasa dapat mengadakan rondaan di kawasan ini untuk memastikan ia bebas dari menjadi lokasi jenayah,” katanya.

Beliau berkata, baru-baru ini kawasan itu sudah diturap dan dibersihkan serta pagar akan dapat dibina untuk mengelakkan kejadian jenayah.

Selain itu katanya, masyarakat Cina yang ingin menderma untuk persatuan tersebut boleh berbuat demikian dengan menghubungi Timbalannya, Tan Kee Leong menerusi talian012-9583350.

“Persatuan kami adalah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang ditubuhkan pada 20 Mac 2012.

“Bagi mereka yang tidak mempunyai lokasi untuk disemadikan boleh menghubungi kami kerana masih mempunyai ruang untuk menempatkan lebih 200 kubur,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...