Sabtu, 16 Jun 2012

PEMILIK LESEN SENJATAPI PERLU DIBERI LATIHAN YANG MENCUKUPI

Kanak-kanak maut tertembak didahi

KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak, Muhammad Faris Faizal Noor Hissham, 7, mati akibat tertembak di dahi setelah menyangka pistol milik datuk saudaranya adalah pistol mainan.

Dalam kejadian di rumah nenek mangsa di Ketereh malam tadi, bapa saudara mangsa, Helmi Ghazali, 32 mengalami cedera parah ekoran peluru yang menembusi dahi mangsa, terkena dadanya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kejadian berlaku pada pukul 9 malam selepas selesai majlis kenduri ibu saudara mangsa.

"Pistol milik datuk saudaranya yang merupakan seorang anggota polis. Kerana menyangkakan pistol itu barang mainan, kanak-kanak itu dipercayai tertembak di dahinya sebelum peluru pistol itu mengenai dada bapa saudaranya, Helmi Ghazali.

"Murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Pohon Tanjung, Pasir Mas itu disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Klinik Kesihatan Ketereh, manakala Helmi, seorang kerani sekolah dilaporkan stabil dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jalaluddin berkata, ketika kejadian, datuk saudara mangsa yang juga pemilik pisto berkenaan sedang menunaikan solat Isyak dan senjata api berkenaan disorokkan dalam laci sebuah meja namun malangnya ia ditemui mangsa. - BERNAMA

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...