Translate

13/06/2012

NIZAR BIADAP CUBA PUTAR BELITKAN FAKTA


JANGAN BENARKAN SI BIADAP NIZAR PIJAK DI BUMI JOHOR ??
 
Sekalipun Sultan Johor Ahad bertitah agar elok  Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memohon kemaafan kepada rakyat Johormengenai isu WWW 1, namun bekas Menteri Besar Perak itu tetap mahu mengadap baginda sendiri bagi memohon maaf dan memberi penjelasan berhubung kenyataan menerusi twitternya.
 
Pada sidang akhbarnya di lobi Parlimen Selasa Nizar seolah masih mahu mempertahankan twitternya itu tidak ditujukan kepada Sultan Johor.

Beliau menyalahkan beberapa media yang didakwanya memutar belitkan twitternya.

"Tweet saya merupakan pandangan peribadi dan umum daripada seorang rakyat biasa tanpa ditujukkan kepada mana-mana pihak...ini yang perlu diperjelas kepada Sultan Johor supaya tiada lagi spekulasi dan salah faham selepas ini," katanya

Nizar berkata pihaknya akan menghantar surat permohonan rasmi bagi menghadap Sultan Johor dalam masa terdekat bagi membolehkan beliau menerangkan kedudukan sebenar seterusnya menghentikan kontroversi yang melanda isu tersebut.

"Selepas Sultan Johor menyatakan bahawa elok saya memohon kemaafan kepada rakyat Johor, hari ini saya ingin menyatakan seikhlas hati bahawa saya ingin sangat untuk mohon kemaafan kepada Sultan Johor sendiri,"ujarnya.-12/6/2012.

Sumber:agendadaily

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...