Rabu, 13 Jun 2012

Masa Depan Cerah Menanti Jika BN Terus Memimpin - Najib

Image Detail
Perdana menteri berkata di bawah BN, masa depan yang lebih baik menanti mereka serta rakyat Malaysia keseluruhannya.

Beliau menegaskan BN telah membuktikan bahawa ia boleh memberikan apa yang rakyat mahukan untuk negara ini melalui pelaksanaan agenda transformasi kerajaan.

Tahap kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan telah meningkat ekoran kejayaan pelaksanaan dasar transformasi negara, kata Najib dalam perbualan selama sejam dengan orang ramai melalui sesi sembang NSTlive pada laman web NST hari ini.

"Saya mendapat galakan daripada respons yang saya terima secara langsung daripada rakyat terutama semasa kunjungan-kunjungan saya yang tidak terhitung ke seluruh negara," katanya.

Ditanya bila pilihan raya umum akan diadakan, Najib berkata beliau sedang meneliti segala kemungkinan sebelum membuat keputusan.

Perdana menteri menarik perhatian bahawa BN perlu mencergaskan parti dengan memilih bakat-bakat baharu dan mengambil kira keseimbangan antara pemimpin lama dan generasi baharu.

Beliau juga berkata adalah perlu untuk memastikan wujud kesinambungan dengan mengekalkan sejumlah pemimpin sedia ada dan yang masih popular dalam kalangan rakyat.

Ditanya mengenai ramalan bahawa BN akan menghadapi kesukaran untuk menawan kawasan bandar, Najib berkata kerajaan akan terus melibatkan diri dengan pengundi bandar termasuk masyarakat Cina.

Katanya ini untuk memastikan mereka memahami bahawa masa depan mereka akan lebih baik jika BN memimpin ke arah memastikan kadar jenayah menurun, kestabilan, keharmonian dan masyarakat yang lebih makmur.

Mengenai keselamatan, Najib berkata walaupun kadar jenayah biasa telah menurun, banyak yang boleh dilakukan bagi memastikan suasana yang lebih selamat untuk rakyat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...