Translate

22/06/2012

KONTREKTOR PENTINGKAN KEUNTUNGAN DARIPADA KUALITI


Kerja-kerja mencari dan menyelamatkan mangsa runtuhan sedang dijalankan.

BESUT 21 Jun - Enam pekerja pembinaan nyaris maut apabila bangunan tempat mereka bekerja di Padang Astaka, Jerteh di sini tiba-tiba runtuh dan menghempap mereka dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.

Tiga daripada mereka yang terdiri daripada dua warga Indonesia dan seorang dari Bangladesh, sempat menyelamatkan diri dengan merangkak keluar daripada timbunan bangunan itu.

Manakala, tiga lagi mangsa iaitu dua warga Bangladesh dan seorang Indonesia yang terperangkap dalam runtuhan itu berjaya diselamatkan lebih dua jam kemudian dengan bantuan 15 anggota Bomba dan Penyelamat Jerteh, lapan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta 20 anggota polis.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria dalam sidang media berkata kesemua mangsa kini dirawat di Hospital Daerah Besut dan keadaan mereka masih lemah.

Katanya keenam-enam mangsa ialah Suksan Ali, 25, Fandi, 20, dan Ari, 31, masing-masing dari Indonesia manakala mangsa warga Bangladesh dikenali sebagai Raju, 42, Munawir, 20, dan Zilo,40.

"Kejadian dipercayai berlaku setelah konkrit bumbung bangunan Astaka baru dikatakan tiba-tiba runtuh ketika beberapa pekerja sedang menambah simen dalam konkrit jeriji besi," katanya.

Kamaruddin berkata tiga kren dan dua jentolak digunakan bagi menarik besi yang runtuh untuk mengeluarkan tiga mangsa yang terperangkap itu.

"Seorang daripada mangsa ditenggelami simen daripada paras pinggang manakala seorang lagi membabitkan kedua kakinya ditenggelami simen dalam runtuhan itu," katanya. - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...