Jumaat, 22 Jun 2012

AYAM TAMBATAN DAP SERTA PENGHASUT BERKELIBAR SEJAK DULU BERKOKOK LAGI ???

Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Sejak dari dulu lagi gerakan halus yang dilancarkan oleh Haji Hadi tetap tersemak dijiwa jahat beliau. Tidak puas-puas meracuni rakyat agar tidak menyertai LKTP pada ketika itu, dengan melancar fatwa LANGKAH KERAJAAN TIPU PENEROKA (LKTP).

Mangsa-mangsa yang menerima hasutan beliau adalah penduduk-penduduk dari kawasan Bukit Gasing, Kg. Batangan dan Rusila sendiri. Ketiga-tiga kawasan ini, sehingga kini tiada seorang pun daripada mereka menjadi warga LKTP ataupun FELDA.

Pada peringkat awalnya beliau menghasut orang Melayu bahawa kerajaan pada ketika itu Perikatan telah dihasut dan desakan oleh kaum Cina untuk menghalau orang-orang Melayu ke dalam hutan dan di bandar akan dimonopoli oleh kaum Cina.

Inilah dia niat jahat Hadi Awang sehingga ke hari ini masih lagi tersemat dijiwanya yang begitu kotor, walaupun telah berpuluh-puluh kali menunaikan haji di Mekah.  Inikah dia pemimpin yang dihormati dan dipanggil ulama'???

Selain daripada itu selama 30 tahun menjadi ADUN DUN Rhu Rendang dan tiga penggal sebagai Ahli Parlimen Marang dan sepenggal menjadi Menteri Besar Terengganu, tiada sebarang perubahan untuk Daerah Marang telah dilakukan oleh Haji Hadi, berlebih-lebih lagi untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan.

Hanya pandai berkata-kata dan bertazkirah di masjid-masjid dengan memupuk semangat anti-kerajaan demi untuk menghancurkan keharmonian orang-orang Melayu terutama Umat Islam di negara ini.

Beliau tidak terfikir bahawa elaun yang diterimanya beribu-ribu ringgit pada setiap bulan adalah dari Kerajaan Pusat.  Apabila kerajaan memberi bantuan kepada rakyat dengan jumlah yang kecil adalah dilarang kerana haram.

UCAPAN RINGKAS BELIAU UNTUK MENGKHIANATI BANGSA MELAYU

"SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa, ladang, tanah dan segala perniagaan milik sepenuhnya warga Felda dan negara, difaraidkan sesama sendiri dan syarikat asing melalui usaha penyenaraian di Bursa  Saham.
Menurutnya, terbaru, aset Felda yang berharga milik rakyat Malaysia yang majoritinya orang Melayu menjadi mangsa penggadaian seterusnya.
"Ini satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu yang mendiami kawasan Felda seluruh negara.
“Bagi Pas, bukan sekadar masalah pengagihan saham tersebut yang utamanya, tetapi melibatkan tanah Felda dan aset berharga milik rakyat dan negara ini satu pengkhianatan," katanya, " - SINAR HARIAN
bersambung dilain episod.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...