Translate

20/06/2012

ADUN PAS MENGATAL - JADI ISTERI KEDUA PUN TAK APA ???



Isu perkahwinan ADUN Merbau Pulas kembali menjadi hangat dan hangit. Walaupun sebelum ini ADUN Merbau Pulas, Aisyah Ghazali dikatakan telah menolak pinangan bekas pemandunya, tetapi akhirnya ADUN Merbau Pulas merangkap Exco Kerajaan Kedah itu, akhirnya menerima bekas pemandunya yang bernama Sazali bin Sudin sekaligus menafikan berita sebelum ini yang ADUN Merbau Pulas itu berkahwin dengan seorang lagi ADUN dan Exco Kedah iaitu, Hamdan Che Khalib.

Maklumat yang diperolehi mendedahkan pada 5 Jun 2012,  bertempat di Masjid Jeneri, Sik, telah berlangsung majlis akad nikah Siti Aishah binti Ghazali – Exco Kerajaan Negeri merangkap ADUN Merbau Pulas dengan Sazali bin Sudin (nombor kad pengenalan 700622-02-6067) berusia 42 tahun dan beralamat di No.376, Lorong 3/1, Taman Makmur, Kulim. 

Sazali telah diakadnikahkan oleh Hj. Ismail  bin Talib yang merupakan Imam Masjid Jeneri dan disaksikan oleh individu-individu tertentu dari kedua-dua belah pihak termasuklah ayah Siti Aishah sendiri iaitu Hj. Ghazali bin Ahmad yang merupakan penyokong kuat PAS di Kampung Kuala Jeneri, Daerah Mengundi Jeneri dan DUN Jeneri. 

Perkahwinan berkenaan menjadikan Aishah sebagai isteri kedua Sazali dan mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi Syariah Alor Setar. 

Menariknya, Hakim Mahkamah Syariah Sik adalah adik Aishah sendiri iaitu Syeikh Nawawi Hj. Ghazali!!!

Dari pengakuan Sazali bin Sudin yang merupakan Pegawai Khas merangkap Pemandu dan sekarang ini suaminya, kedua-dua mereka telah berkahwin pada awal bulan Jun 2012 di Jeneri, Sik dan mengucapkan terima kasih kepada operatif kerana mendoakan kebahagiaan mereka sehingga ke anak cucu. Menurutnya, dia telah mendapat kebenaran isteri pertama dan semuanya itu adalah kehendak Allah Taala serta qada dan qadar.

Inilah kelebihan pemimpin PAS yang pakar berpoligami. Isteri mereka pun boleh diauta, inikan pula rakyat bawahan. Alasan mereka yang paling kebal adalah KEHENDAK ALLAH TAALA.

Namun isteri pertama Sazali Sudin, ternyata kecewa dan sangat sedih memandangkan selepas berkahwin, Sazali sudah tidak pulang lagi ke rumahnya.

Mungkin kehebatan Siti Aishah tidak ada pada isteri pertama Sazali Sudin. Almaklumlah, seorang warga emas seperti Siti Aishah telah berjaya menyambar 'anak ikan' , sudah tentulah akan dijamu sehingga kenyang sekenyang-kenyangnya.

Kata dua Menteri Besar Kedah kepada Siti Aishah supaya mengelakkan kontroversi atau menikah tetapi kehilangan semua jawatan dalam kerajaan negeri, ternyata tidak dihiraukan!!! 

KEPADA SITI AISHAH GHAZALI, ADUN MERBAU PULAS… SELAMAT BERBULAN MADU BERSAMA-SAMA BEKAS PEMANDU DAN PEGAWAI KHASNYA, SAZALI SUDIN!!! 

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...