Translate

31/05/2012

SHAMSIDAR TERKILAN TAK DAPAT RASA ..... ABANG NUAR ????


Ramai ingin tahu apa cerita video ‘panas’ babitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Shamsidar Taharin selepas Senator  Datuk S. Nallakaruppan baru-baru ini menyerahkan pita rakaman kepada peguamnya Datuk Seri Shafie Abdullah untuk dijadikan bahan bukti di mahkamah nanti.

Bekas sahabat karib Anwar itu cuba tutut mulut untuk menyimpan rahsia Anwar dan isteri timbalan Presiden PKR, Azmin Ali itu walaupun diasak macam-macam soalan oleh wartawan dalam sidang media di pejabatnya di Segambut, Selasa.

Tujuan beliau memanggil sidang akhbar berkenaan adalah mengenai soal lain namun wartawan yang hadir rata-rata lebih berminat nak korek lebih lanjut isu pita video berkenaan.

Nalla jenuh bersilat menepisnya.Katanya beliau kena simpan semua jawapan itu termasuk apa kandungan video selama satu jam 20 minit itu untuk perbicaraan mahkamah kelak.

Soalnya sekarang apakah motifnya sebagai rakan karib selama puluhan tahun, Nalla sanggup merakam aksi tidak bermoral  Anwar.?

Menjawab soalan itu, beliau mendedahkan rakaman tersebut dibuat semata-mata untuk tujuan keselamatan kerana Anwar waktu itu adalah Timbalan Perdana Menteri.


Sambungannya KLIK DISINI SEGERA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...