Khamis, 24 Mei 2012

BONGKAR - APA MOTIF FAUZI SHAARI MASUK PAS ??? WAJIB BACA !!!


Dalam keadaan sekarang,di mana imej pasukan polis di mata penyokong Pakatan haram berada di tahap terendah,sudah tentu ramai yang terkejut dengan tindakan bekas Pengarah Siasatan Jenayah,Bukit Aman,Datuk Fauzi Shaari menyertai salah satu parti komponen dalam Pakatan Haram,iaitu PAS.Ini bukan kita persoalkan kebebasannya yang dibenar dibawah amalan demokrasi untuk menyertai mana-mana parti politik.Itu adalah haknya sebagai individu yang telah bersara dari pasukan polis.

Nak masuk parti mana pun kita peduli apa, tapi janganlah bagi kenyataan kononnya kemasukannya ke dalam PAS setelah yakin yang dirinya tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah. Apakah Beliau bermaksud semua pegawai polis yang masih berkhidmat dan telah bersara tapi tidak menyertai PAS, terlibat dengan kegiatan jenayah ???

Itu satu hal.Satu hal yang lain ialah,bagaimana cepat Fauzi melupakan segala sumpah seranah yang pernah dilemparkan PAS terhadap pasukan polis yang pernah disertainya dulu, terutama yang membabitkan tindakan polis mematahkan tunjuk perasaan dan jenayah lain yang dilakukan mereka sejak 1998 ???

Malah kalau nak dilihat lebih jauh ke belakang, iaitu pada 1985 dimana berlakunya kejadian Memali yang menyaksikan penyokong PAS diketuai Ibrahim Libya, menyerang dan membunuh 4 orang anggota polis sebelum dia dan 13 pengikutnya yang lain dibunuh kerana tindakan tersebut, nescaya tidak ada alasan kenapa Fauzi perlu menyertai PAS. Sebabnya,kejadian Memali menunjukkan bahawa kebencian PAS terhadap polis bukan setakat terhad kepada kata-kata nista dan kecaman, tapi lebih dari itu juga. Lupakah Fauzi bahawa dalam kejadian itu semua ahli PAS yang mati, dikebumikan tanpa dimandi, dikafan dan disembahyangkan kerana didakwa mati syahid ??? 

Syahid kerana mereka mati dibunuh oleh pasukan polis yang dituduh kafir ketika itu ??? Kalau Fauzi masih kurang yakin, tanyalah Hadi yang mengeluarkan fatwa tersebut. Ironinya, Hadi juga yang hari ini menerima borang keahlian Fauzi bekas pegawai kanan polis. Dunia,dunia. inilah politik dalam PAS bila dah ludah jilat balik.maksud saya di sini adalah penyokong Pakatan Haram suka panggil polis dengan macam-macam tapi terima juga bekas polis dalam Pakatan Haram yer ???

Baca artikel selanjutnya WAJIB BACA DAN KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...