Translate

21/01/2012

Kes Liwat : Alhamdullilah Tuhan menyebelahi pihak yang benar. Amin

Post Pic

KUALA LUMPUR, 21 JAN : Jabatan Peguam Negara berkata rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan  meliwat bekas pembantunya, difailkan berdasarkan keterangan dan undang-undang.

Jabatan itu menerusi satu kenyataan berkata rayuan itu juga difailkan tanpa mengikut emosi atau pengaruh mana-mana pihak.


"Keputusan memfailkan notis rayuan ini membolehkan jabatan ini memperolehi penghakiman bertulis Yang Arif Hakim dan rekod prosiding perbicaraan daripada Mahkamah Tinggi.

"Ini seterusnya mengetahui dengan jelas alasan-alasan penuh keputusan yang Arif Hakim," kata jabatan itu.

Notis rayuan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pukul 4.30 petang semalam.

Pada 9 Januari lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Zabidin Mohd Diah membebaskan Anwar di atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari  Azlan setelah tidak yakin bukti DNA yang diketengahkan oleh pendakwaan tidak dicemari.

Dalam penghakimannya Zabidin berkata beliau tidak boleh mensabitkan Anwar berasaskan keterangan Saiful semata-mata.

Anwar telah dituduh meliwat Saiful pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominum di Damansara Kuala Lumpur.

Kelmarin Saiful menghantar surat menerusi peguamnya meminta Gani untuk membuat rayuan terhadap keputusan itu demi maruah diri dan keluarganya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...