Wah...!!! Makin tua makin menjadi, seorang nenek berumur 55 tahun yang baru diceraikan suaminya berani melakukan khalwat dengan pasangan mudanya. Hebat, sungguh hebat apatah lagi kegiatan terkutuk ini berlaku di Pasir Puteh Kelantan, Negeri serambi Mekah..?? Memang hebat...!!!
Paling best lak ketika serbuan dibuat nenek yang mempunyai beberapa orang cucu itu berani berbohong pula kononnya lelaki tersebut adalah suaminya. Padahal hasil maklumat dan aduan orang ramai kegiatan itu telah dilakukan sejak seminggu lalu berhubung kejadian khalwat melibatkan warga emas bersama pasangan muda.
Selepas disoal siasat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), nenek itu berdolak dalik mengatakan dia tidak tahu menahu pula kehadiran lelaki berkenaan yang didakwa secara tiba-tiba berada dalam biliknya. Pasangan itu disiasat untuk dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh, dibawah Seksyen 9(1)(2), Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan No 2/85 yang sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.