Translate

28/12/2010

KERAPU SWEET SOUR

Kerapu Sweet Sour


BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan kerapu sederhana besar
1 biji bawang besar, dipotong berbaji
2 ulas bawang putih hiris
1/2 biji red capsicum, didadu
1/2 biji yellow capsicum, didadu
1/2 biji green capsicum, didadu
1 batang leek, dikerat2
1/2 inci halia, hiris halus
1 camca besar cili kisar
1/2 camca teh sos tiram
3 camca besar sos cili thai
1 camca besar sos tomato
1/2 cawan air
1 camca besar gula
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :

  1. Ikan kerapu dibersihkan, kelar2, lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng garing, angkat dan toskan. Letak dalam pinggan sesuai.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis halia, bawang putih dan bawang besar hingga layu, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, tambah sos cili thai, sos tiram dan sos tomato, kacau rata dan tuang air. Biar mendidih.
  3. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tambah semua jenis capsicum dan leek, masak sekejap dan rasa, jika perlu tambah garam atau gula, masak hingga pekat.
  4. Tuang atas ikan tadi, ratakan dan hidang segera bersama nasi hangat....

KOBIS GORENG TELUR ASIN

Kobis Goreng Telur Asin


BAHAN-BAHANNYA :
250 g kubis bulat, hiris sederhana halus, cuci dan toskan
1 ekor sotong kembang, hiris, celur dan toskan
1 biji telur asin mentah, asing kuning dan putih
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau hiris
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 camca besar sos tiram
1/3 cawan air
Garam dan secubit gula

CARA MEMBUATNYA :

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, cili hijau dan cili merah hingga layu, masukkan sotong dan sos tiram. Kacau rata dan masukkan air.
  2. Tambah kuning telur asin (hancurkan dahulu) dan kacau. Masukkan kobis dan gaul rata, tuang putih telur asin tadi dikeliling kuali, biar mengeras sedikit dan kacau rata dengan kobis tadi.
  3. Tambah secubit gula dan rasa, jika perlu masukkan juga sedikit garam. Masak hingga kobis lembut tapi masih rangup. Matikan api, alih dalam bekas sesuai dan hidangkan segera..

TUNA BERCILI

Tuna Bercili



Tuna bercili ni ala2 sambal tumis, tapi tak pedas dan rasa dia pun lain sikit dari sambal...Sedap dimakan bersama nasi hangat, ulam-ulaman, ubi rebus, lempeng, "lace pancake@roti kirai, roti putih dan lain2...Kalau makan dengan nasi lemak pun sedap, buat sandwich pun boleh, kalau tak habis simpan dalam peti ais dan boleh guna sebagai perencah untuk nasi goreng. Resipi asal, kutip dari buku masak Chef Wan, tapi dia guna 3 tin tuna, mat cuma ada 1 tin, kita dah modifey sikit....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin tuna dalam tin
1/3 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 biji cili hijau, hiris serong
1 biji terung, potong dan belah 4 setiap potongan (tak letak sebab tak de)
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 cm lengkuas*
1 batang serai, dihiris*
1/2 inci belacan*
10 tangkai cili kering, potong, rendam hingga lembut*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tuna ditoskan, terung digoreng dengan sedikit minyak hingga layu, angkat, tos dan ketepikan.
  2. Dalam kuali sama, tumis bahan2 kisar hingga garing dan terbit minyak. Masukkan jus asam jawa. Bila mendidih, masukkan ikan tuna dan tambah gula serta garam scukup rasa.
  3. Masak hingga pekat dan masukkan cili hijau, gaul rata. Akhir sekali masukkan terung, kacau dan matikan api. Rasa jika ok boleh dialihkan ke dalam bekas sesuai, hidangkan segera....

TAUHU BERCILI

P1240743
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping tauhu
1 biji bawang holland, dihiris bulat
1 tangkai daun kari, dilurut
1 batang serai, dititik
4 -5 biji limau kasturi, perah jusnya (guna asam jawa pun ok)
1/2 cawan cili kisar
2 camca besar sos tomato
2 camca besar sos cili
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Tauhu dipotong 4 setiap sekeping, lumur dengan sedikit garam dan goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga harum, masukkan serai, daun kari dan cili kisar. Bila sedikit garing, tambah sos tomato, sos cili dan masak hingga terbit minyak.
  3. Tambah hirisan bawang besar, garam dan gula secukup rasa. Masukkan jus limau kasturi, ikut tahap masam mana yang anda suka. Kacau dan masuk tauhu, gaul hingga rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok, matikan api. Boleh hidangkan..

Cinta Sebelum & Selepas Kawin ; Mana lebih Baik?

Cinta itu adalah suatu perasaan yang dikurniakan oleh ALLAH kepada setiap insan. Cinta mendorong manusia untuk terus hidup dan mencapai kejayaan dunia dan akhirat. 

Islam tidak pernah menghalang sesuatu yang merupakan fitrah. Tetapi Islam memberikan garis panduan agar kehidupan mereka terpelihara daripada kerosakan dan menjamin keamanan mereka. 

Cinta yang didorong oleh rasa takut kepada ALLAH akan membawa kebaikan dan kebahagian kepada manusia. Sebaliknya cinta yang berlandaskan nafsu tidak akan kekal. Malah akan menyebabkan manusia rasa gundah gulana dan kecewa. Cinta yang sejati dan agung hanyalah untuk ALLAH.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman: Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka." – Riwayat al-Bukhari.

Kewujudan cinta sebelum membuat keputusan untuk mengahwini seseorang itu penting dan dituntut oleh syarak. Rasulullah s.a.w menyarankan agar mereka yang ingin berkahwin melihat wanita yang ingin dikahwini terlebih dahulu.Hal ini pernah berlaku kepada seorang sahabat Nabi, iaitu al-Mughirah bin Syu'bah. Beliau memberitahu baginda bahawa beliau ingin mengahwini seorang wanita. Lalu baginda menyarankan agar beliau melihat dahulu wanita itu kerana ia boleh mendatangkan perasaan cinta kepada pasangan yang ingin dikahwini. (Rujuk al-Tirmizi: 1087. Diklasifikasikan sebagai hasan oleh al-Nasai). 

Rahsia Solat Awal

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna
biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali,
lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad
bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. 

Hikmah Sujud

Sujud melegakan sistem pernafasan 


Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. 



Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...