TUNTUTAN
DAP yang berulang kali mendesak
supaya Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (PBT) kembali diadakan MENUNJUKKAN KEDEGILAN PARTI ITU
ENGGAN AKUR DENGAN HAKIKAT dan keterangan pernah dibahaskan. Malah, DAP tidak pernah berlunak,
sebaliknya semakin mengeraskan SIKAP
ANGKUH DI TAHAP MELAMPAU apabila turut menuntut milikan tanah 999 tahun di Perak.
Walhal, tuntutan-tuntutan tersebut telah sedia dimaklumi, adalah BERTENTANGAN PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN, sekali gus menunjukkan DAP sentiasa MEMILIH JALAN MENCABAR, MENGGUGAT
DAN KURANG AJAR. Malah,
ia juga menunjukkan DAP hanya mementingkan diri dan tetap berkeras mengusung
agendanya biarpun rakan-rakan PH menyuarakan penolakan terbuka.
Ianya lantaran sikap DAP yang sentiasa mahu menguasai
secara mencengkam, bahkan tidak percaya kepada rakan
sepakatan sendiri. Ini sebagaimana tindakan mengumumkan lantikan pemimpinnya,
Liew Chin Tong bagi mewakili DAP kepada masyarakat Cina sekiranya PH yang
meletakkan calon Bersatu menang dalam PRK P.165 Tanjung Piai baru-baru ini.
Namun, PRK tersebut jelas menunjukkan penolakan majoriti penduduk
termasuk kaum Cina terhadap PH yang tempiasnya juga memberi isyarat khusus
bernada ‘amaran’ kepada DAP. Namun, DAP TIDAK PERNAH BELAJAR UNTUK
MENGHARMONIKAN TINDAKANNYA DENGAN REALITI RAKYAT DAN NEGARA. Maka kami para Pemuda PAS
sanggup menjadi benteng rakyat terhadap DAP.
Oleh itu, PILIHAN
RAYA PBT ADALAH SANDARAN DAP untuk
‘menawan, menakluk dan menjajah’ kedudukan penting dan strategik bandar-bandar
di seluruh negara secara sistematik. Posisi tersebut memiliki segala
aset ekonomi, kewangan dan pentadbiran, serta pengaruhnya kepada pelbagai
cabang. DAP AKAN
BERMAHARAJALELA MELAKSANAKAN TINDAKAN YANG MENGUNTUNGKANNYA.
Ketika itu, kuasa perundangan akan digubal selaras kehendaknya, selain
mempengaruhi pindaan kepada perundangan dasar yang lain. INILAH NAFSU SERAKAH SEIRING ROH
KOMUNISME yang tidak muncul secara kebetulan dalam negara mutakhir ini. DAP
adalah dalang paling disyaki atau dibalik tabir semua malapetaka yang muncul
pasca PRU14.
DAP dalam diam-diam sebenarnya sudahpun menerajui
banyak kepentingan bukan sahaja di jawatan tertinggi negara, malah
juga rangkaian Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Ketika sama mereka cuba
menghalang rakan-rakan sepakatan sendiri menjawat posisi berkaitan dengan
pelbagai alasan prinsip kononnya. ‘Halal’ untuk DAP, ‘haram’ bagi pihak lain.
Oleh itu negara ini harus gusar, kerana tindakan dibuat DAP adalah
langkah ke arah ‘memperhambakan’ rakyat. DAP hanya sedia memiliki rakan kongsi
dengan mereka yang sanggup tunduk patuh pada segala agendanya, itupun secara
‘diperalatkan’. Maka, MEMBENARKAN
TUNTUTAN DAP BERERTI MEMBUKA JALAN MENGHANCURKAN KEDAULATAN BUMI TERCINTA MALAYSIA
INI.
Rujukan: KLIK DISINI
Rujukan: KLIK DISINI