Sabtu, 9 Mac 2019

#BERHENTI SIASATAN KES TEROWONG: SOGOKAN 22 JUTA KEPADA SPRM

SOGOKAN RM22 JUTA KEPADA SPRM Agar Berhentikan Siasatan Terhadap KES TEROWONG DASAR LAUT PULAU PINANG Membuktikan Ada Unsur Rasuah Berhubung Perlaksanaannya.

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini masih belum menjelaskan mengapa mereka mengugurkan kes terhadap Menteri Kewangan Lim Guan Eng (juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang).


Didalam kenyataan Zarul Ahmad Mohd Zulkifli kepada SPRM, memang tidak diragui bahawa projek terowong dasar laut ini melibatkan rasuah yang berleluasa.


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah melihat kertas siasatan SPRM dan telah membaca kenyataan Zarul. Manakala Malaysia Today pula telah menerbitkan tujuh siri setakat ini. Hari ini kami akan menerbitkan kenyataan Zarul yang lebih terperinci tentang sogokan sebanyak RM22 juta untuk menutup siasatan SPRM.

Masalah yang dihadapi oleh Mahathir adalah jika dia membenarkan SPRM menyiasat Guan Eng, Ini bererti Mahathir akan kehilangan sokongan dari DAP dan PAKATAN HARAPAN MUNGKIN AKAN TUMBANG atau MAHATHIR JUGA TIDAK AKAN DAPAT BERKUASA bila DAP memberikan sokongan kepada PM tepi paling lama. Itulah sebabnya DAP membuat tindakan sesuka-hati dan Mahathir perlu akur, dengan menutup kedua belah matanya dan berpura-pura tidak menyedari akan kes rasuah berhubung terowong dasar laut Pulau Pinang.


Kes rasuah projek terowong dasar laut Pulau Pinang tidak hanya melibatkan jumlah RM6.5 billion sahaja. Ia juga melibatkan tanah seluas 50 ekar di sepanjang Gurney Drive dimana nilai pembangunan kasarnya sebanyak RM15 billion.

Walaupun Guan Eng memberi alasan bahawa projek terowong dasar laut diberikan secara tender terbuka, tetapi beliau tidak menjelaskan mengapa Zarul diberi tanah 50 ekar di Gurney Drive yang nilai pembangunan kasarnya sebanyak RM15 billion sebagai ‘part-payment’.

Jadi, sekarang jumlahnya meningkat lebih kurang RM20 billion, bukan lagi RM6.3 billion. Guan Eng pula memang tidak dapat menjelaskan perkara ini kerana dia memang tidak ada cara lagi untuk menjelaskannya.

Untuk menutup kes yang sebesar ini sebagai NFA (no further action), ianya memerlukan penglibatan dari pihak atasan seperti Perdana Menteri, Peguam Negara, Polis dan SPRM. Tanpa Mahathir, Tommy Thomas, PDRM dan SPRM, tidak mungkin kes sebesar ini dapat ditutup. Nasib Pakatan Harapan, atau khususnya Mahathir, bergantung kepada tertutupnya siasatan projek terowong bawah laut Pulau Pinang.

Buat masa sekarang ini, Guan Eng, Zarul dan mereka yang terlibat dalam kes rasuah projek terowong dasar laut Pulau Pinang masih selamat. Tetapi, apa yang mereka perkatakan terhadap Najib Razak, 1MDB, kleptokrasi, dan lain-lain sebelum ini, tidak bermakna apa apa sekiranya kes rasuah projek terowong dasar laut Pulau Pinang yang cukup besar jumlahnya ini di tutup sebagai NFA atau pun sekurang-kurangnya ‘KIV’ oleh mereka.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...