Selasa, 26 Februari 2019

PAKATAN HARAPAN SUDAH HABIS MODAL NAK KELENTONG RAKYAT

Isu dia bukan masalah Pakatan Harapan akan hilang kuasa atau pun tidak. Isu dia adalah PAKATAN HARAPAN AKAN HILANG MUKA. Dah la di PRK Cameron Highlands Pakatan Harapan kalah. Kalau kalah PRK Semenyih juga maka Pakatan Harapan akan menerima tamparan yang hebat. Matlamat di Semenyih untuk kalahkan Pakatan Harapan hanya untuk bagi tamparan dimuka mereka, BUKANNYA UNTUK AMBIL ALIH KERAJAAN.

Nampaknya PAKATAN HARAPAN SUDAH MEROYAN GILA-BABI. Tun Dr Mahathir Mohamad kata beliau tak kisah sekiranya Umno menang PRK Semenyih sebab Pakatan Harapan mempunyai majoriti di dalam parlimen. Maksudnya, sekiranya Pakatan Harapan kalah pun di PRK Semenyih mereka tidak akan hilang kuasa memerintah.

Memang betul! Kalau Pakatan Harapan kalah di PRK Semenyih mereka tidak akan hilang kuasa pun. Kalau Pakatan Harapan hilang 10 kerusi pun mereka masih tidak akan hilang kuasa. Kita semua lulus kelas matematik kat sekolah dulu dan tahu macam mana nak kira. Kalau Pakatan Harapan mempunyai 110 kerusi baru mereka akan hilang kuasa. Jadi satu kerusi hilang tak akan jadi apa.

Isu dia bukan masalah Pakatan Harapan akan hilang kuasa atau pun tidak. Isu dia adalah Pakatan Harapan akan hilang muka. Dah la di PRK Cameron Highlands Pakatan Harapan kalah. Kalau kalah PRK Semenyih juga maka Pakatan Harapan akan menerima tamparan yang hebat. Matlamat di Semenyih untuk kalahkan Pakatan Harapan hanya untuk BAGI TAMPARAN DIMUKA mereka, bukannya untuk ambil alih kerajaan.

Umno tidak boleh menang di Semenyih sekiranya Umno dan PAS tidak bersatu. Ini mesej yang ingin disampaikan. Dan sekiranya Umno menang di Semenyih, ini bermakna MELAYU SUDAH BERSATU MENENTANG PAKATAN HARAPAN. Ini yang dimaksudkan dengan menampar muka Pakatan Harapan.

Mahathir berkata negara mungkin akan bankrup sekiranya tol lebuhraya dihapuskan. Mahathir kata walaupun tol dihapuskan rakyat masih lagi terpaksa membayar tol secara tidak langsung. Ini disebabkan kerajaan dan bukan pengguna lebuhraya yang bayar dan duit kerajaan adalah duit rakyat. Jadi, akhirnya, rakyat juga yang masih kena bayar walaupun tol dihapuskan.

Kita semua tahu perkara ini dan sudah bertahun-tahun kita bercakap mengenainya. PAKATAN HARAPAN BERJANJI AKAN MENGHAPUSKAN TOL. RAKYAT AKHIRNYA MASIH KENA BAYAR walaupun secara tak langsung. Kita sudah pun bagitahu hal ini apabila Pakatan Rakyat berjanji nak hapuskan tol.

Isu nak hapuskan tol adalah tipu-helah semata-mata. Apabila tol dihapuskan dan pengguna boleh guna lebuhraya dengan percuma, maka kerajaan akan terpaksa bayar gantirugi. Jadi duit cukai kita juga akan lesap. Itulah hakikat yang sebenarnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...