Translate

23/02/2019

MANIFESTO TAK DITUNAIKAN, NAK SALAHKAN BN ???

ALASAN TERLALU BANYAK NAK MEMPERBODOH-BODOHKAN RAKYAT.

PAKATAN HARAPAN (PH) TIDAK LAGI BERANI MENABUR JANJI kepada rakyat kerana takut tidak dapat ditunaikan.

Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, ini kerana pembangkang tidak menyedari bahawa terpaksa menanggung masalah kerajaan terdahulu yang meruncing?.

“Kalau kita janji tu, kita fikirkan juga kita mampu ke tidak. Sebab kita selalu dikatakan  dianggap tak tunai jadi. Itu sebenarnya tidak. 

Kita nak janji, biar betul-betul. Dahulu dalam pembangkang, kita menawarkan janji. Tetapi kita tidak tahu betapa runcingnya masalah sekarang. Sebab itu kalau kita berjanji, pembangkang tempelak kita balik bahawa Kita tidak menunaikan janji. Bukan. Kita mahu sedaya upaya. Namun, apakan daya kita warisi daripada kerajaan yang 60 tahun dahulu berbanding kita lapan bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Gotong-Royong Perdana Bandar Rinching, Seksyen 6 di sini hari ini.

Kemudiannya, Wan Azizah memenuhi undangan ke program Sembang Santai Bersama Penduduk Taman Pelangi Semenyih di Kelab La Pelangi di sini serta Pusat Jagaan Mahmudah.

Yang turut hadir dalam program itu ialah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan calon PH, Muhammad Aiman Zainali. -UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: KLIK DISINI 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...