Translate

01/01/2019

JSJK KELANTAN TAHAN LELAKI BERI PINJAMAN WANG TAK BERLESEN (AHLONG)

KOTA BHARU, 1 Jan (Bernama) -- Polis Kelantan MENAHAN SEORANG LELAKI BERUSIA 40-AN di Kampung Batang Merbau, Tanah Merah selepas disyaki MEMBERI PINJAMAN WANG TANPA LESEN kepada penduduk di sekitar kawasan berkenaan, Ahad lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan Supt Ahmad Azizul Mohamed berkata dalam serbuan kira-kira pukul 5.50 petang itu, sepasukan pegawai dan anggota daripada JSJK IPK Kelantan
TURUT MERAMPAS SEJUMLAH 29 KEPING KAD PENGENALAN DAN 12 BUKU BERTULIS 'SURAT AKUAN HUTANG WANG TUNAI'.

"Suspek dipercayai telah menjalankan kegiatannya sejak 10 tahun lepas dengan berselindung di sebalik premis menjual alat telekomunikasi, lelaki itu juga memberi pinjaman serendah RM100 bagi sekeping kad pengenalan sehingga RM1,000 bagi motosikal.

Rujukan: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...