Rakyat nampaknya tidak boleh bergantung kepada Pakatan Harapan,
yang tak ubah seperti KERAJAAN "VACUMM CLEANER" kerana hanya berminat
"membersihkan silap" kerajaan dahulu tapi gagal memperkenalkan
pakej-pakej meringankan beban hidup rakyat.
Sementara rakyat dibebani dengan kos sara hidup tinggi, HARGA PETROL YANG GAGAL DITURUNKAN dan potongan elaun, regim PH terus
memperkudakan polis dan SPRM bagi mencungkil salah kerajaan dahulu kerana KONONNYA "MEREKA LEBIH SUCI DAN BERSIH".
Setelah lebih dua bulan memerintah, MEREKA GAGAL mengumumkan dasar luar seperti amalan mana-mana kerajaan baru di
dunia, dan juga menggariskan dasar rangsangan ekonomi yang ingin diperkenalkan
untuk meningkatkan taraf hidup rakyat serta menarik pelaburan asing.
Adalah tidak keterlaluan jika dikatakan sudah wujud keadaan tidak
selesa di kalangan rakyat terhadap PH, kerana tumpuan yang berlebihan diberikan
kepada kes 1MDB dan GLC.
Boleh dikatakan semua anggota Kabinet memberikan tumpuan kepada usaha
'pembersihan' ke atas pentadbiran terdahulu, sedangkan rakyat mengharapkan sesuatu pengumuman
yang dapat meringankan beban hidup mereka.
Di dalam memperkatakan 1MDB, peguam negara Switzerland, Michael
Lauber, yang menemui rakan sejawatnya Tommy Thomas baru-baru ini, menegaskan
bahawa siasatannya hanya ke atas enam pegawai kanan 1MDB, dan Datuk Seri Najib Razak tidak terbabit pun.
Tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Guan Eng dan rakan-rakan
mereka percaya bahawa Najib adalah dalang utama di dalam kes ini, lantas mengheretnya ke mahkamah
tanpa bukti sah.
UMNO percaya ia SUDAH DIRANCANG, bertujuan memesongkan fikiran rakyat terhadap kegagalannya menunaikan
janji manifestonya.
Dengan merampas pasport dan membekukan akaun Najib, ahli
keluarganya dan mereka yang hanya disyaki, mereka mengenakan IKAT JAMIN SEJUTA RINGGIT DENGAN HARAPAN BEKAS PERDANA MENTERI ITU GAGAL
MELUNASKANNYA DAN DIPENJARAKAN.
Ini adalah perbuatan keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan. Ini POLITIK DENDAM KESUMAT. Kerajaan BN pimpinan Najib berjaya mengotakan 99.4 peratus akujanji dalam Manifesto
PRU-13, SEDANGKAN
PH TERUS MENCARI PELBAGAI ALASAN UNTUK MENGABURI MATA RAKYAT.
Satu lagi taktiknya yang memakan diri dan menjadikannya
'flip-flop' ialah mengubah keputusan membatalkan beberapa projek besar yang
sudah dimeterai oleh BN.
Sebagai contoh, Projek Keretapi Laju (HSR) di antara Kuala Lumpur
dan Singapura yang sudah dibatalkan bulan lalu, 'dibolehkan' oleh Guan Eng jika
kosnya dapat dikurangkan.
Begitu juga dengan projek LRT3 di bawah Prasarana, ECRL dan
beberapa projek lain. Yang peliknya Projek LRT3 diluluskan semula selepas
mengurangkan kosnya. Kenapa tidak dikaji dahulu sebelum membuat keputusan
membatalkannya? Ini adalah POLITIK GELOJOH KUASA.
Paling MENUNJUKKAN KEDUNGUAN MEREKA
ialah menggunakan alasan 'kos tinggi' dan 'jika kos dapat dikurangkan' sebagai
alasan utama, tanpa menerangkan angka sebenar bagi projek terbabit.
Pendekatan mereka tidak lebih SEPERTI BUDAK SEKOLAH RENDAH. Mereka sebenarnya akur dengan kepentingan projek
berkenaan tetapi keberatan meneruskannya kerana ia adalah projek BN. Malu untuk
mengakui projek BN itu bagus dan masih dalam kepompong pembangkang seperti
dahulu.
Kerajaan yang ada sekarang juga kelihatan seperti pasar ikan, di mana ia dijadikan medan
tawar-menawar dengan negara China, Singapura dan lain-lain. Ini boleh
menjejaskan reputasi Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat.
Mereka BERASA MEGAH DAPAT 'MENUNDUKKAN' PDRM, SPRM DAN PEJABAT PEGUAM
NEGARA, tanpa
mengendahkan sangat perkara lebih penting untuk rakyat.
Sebagaimana Anwar Ibrahim diperlakukan pada 1988, begitu jugalah
Najib akan dipastikan bersalah dan dihumban ke penjara. Inilah sebenarnya keutamaan PAKATAN HARAPAN
MELAKSANAKAN POLITIK BALAS DENDAM.
Sumber: Unit Komunikasi Strategik UMNO
Sumber: Unit Komunikasi Strategik UMNO