Translate

13/07/2018

KEEGOAN 'KUDA TUA' MEMPERTIKAIKAN HAK2 DS NAJIB

Tindakan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan khidmat sekumpulan peguam terkemuka Amerika Syarikat dikritik, kerana bakal menelan kos guaman yang tinggi.

Bekas menteri dan veteran Umno, Tan Sri Rais Yatim MEMPERSOALKAN 'KEMAMPUAN KEWANGAN' NAJIB untuk membiayai kos guaman berkenaan.

Kumpulan peguam handal itu dari Ashcroft Law Firm, yang diterajui bekas Peguam Negara Amerika Syarikat, John Ashcroft, mendaftarkan nama Najib sebagai anak guam dalam daftar melalui Akta Pendaftaran Ejen Asing (Fara).

Menurut dokumen itu, firma tersebut dilantik untuk memberi nasihat undang-undang kepada Najib mengenai 'tindakan tidak wajar oleh pihak ketiga untuk cuba menggugat kerajaan Malaysia.'

Dalam dokumen itu juga, ia menyatakan perkhidmatan disediakan oleh Ashcroft Law Firm dibiayai 'kerajaan asing, parti politik asing atau prinsipal asing yang lain."

Wall Street Journal pada tahun lalu melaporkan Najib melantik firma guaman itu untuk menasihati beliau mengenai kes 1MDB pada 2016.

Ashcroft Law Firm pernah mewakili kerajaan Qatar untuk menangkis tuduhan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan jiran Arabnya bahawa negara itu menyokong keganasan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...