Sabtu, 30 Jun 2018

#SPRM: KEKAYAAN LUAR BIASA ANAK-ANAK TUN DR MAHATHIR

Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Perdana Menteri yang ke-7 harus menerangkan kepada rakyat Malaysia bagaimana ANAK-ANAK BELIAU BOLEH MENJADI KAYA RAYA DALAM MASA YANG BEGITU SINGKAT.
Malah, Dr Mahathir juga telah berjanji akan menghapuskan jenayah rasuah, nepotism dan kronisme. Mungkin beliau boleh memulakan dengan mendedahkan cara keluarganya menjadi kaya raya.
Ranking anak Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Mokhzani Mahathir mungkin sudah terkeluar daripada senarai 40 rakyat Malaysia paling kaya selepas beliau menjual sahamnya dalam Sapura Energy dan keluar dari perniagaan Gas dan Minyak.
Tetapi, pada 2014 BELIAU TERSENARAI DIDALAM 10 INDIVIDU TERKAYA MALAYSIA oleh majalah Malaysian Business dengan jangkaan nilai harta sekitar RM4.22 bilion, menjadikan beliau orang Melayu kedua terkaya selepas ahli perniagaan terkenal, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary – dan peningkatan kekayaannya yang meningkat hari demi hari masih menjadi tanda tanya sehingga kini.
Malah, sebelum ini veteran DAP Lim Kit Siang pernah mencipta hoo-ha kononnya anak Dr Mahathir ini menjadi bilionaire dalam tempoh semalaman dan Pakatan Rakyat (kini dikenali Pakatan Harapan) pernah berjaji untuk menghentikan kronisme keluarga Dr Mahathir sekiranya mereka menang PRU13 dahulu.
Lain pula situasi sekarang bila Dr Mahathir menjadi Pengerusi Pakatan Harapan dan Perdana Menteri selepas PRU 14.
DAP DAN PKR TIDAK PULA BERANI BERSUARA mengenai anak-anak Dr Mahathir tetapi cuma menangguk apabila beliau menegaskan bahawa kekayaan anaknya bukan diatas bantuannya selaku Perdana Menteri selama ini dan “apa yang Mokhzani perolehi diatas kerja kerasnya.”
Secara kronologinya, penganalisis politik Lim Sian See merungkaikan bagaimana Mokhzani yang melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pantai Holdings Bhd dan Tongkah Holdings Bhd mendakwa menerima “banyak dakwaan liar mengaitkan saya dengan projek kerajaan atau projek mega.”
Beliau juga memberitahu Bernama bahawa tuduhan yang dilemparkan keatasnya dibuat oleh individu yang mahu memburukkan imej beliau dan bapanya, sementara menafikan menjual seluruh pegangan secara langsung dan tidak langsungnya didalam syarikat-syarikat disenarai Bursa Malaysia, kerana beliau merajuk.
Jelas LSS, walaupun mendakwa hanya “akan melakukan perniagaan kecil-kecilan” selepas beliau keluar dari dunia korporat, MOKHZANI KEMUDIANNYA MENUBUHKAN KENCANA CAPITAL DENGAN MODAL BESAR SEHINGGA RM30 JUTA, PADA TAHUN SAMA.
Kita telah melihat serba sedikit tentang kekayaan yang dimiliki oleh Tan Sri Mokhzani Mahathir di bahagian pertama dan biarlah ayah beliau iaitu TUN DR MAHATHIR MOHAMAD PERLU MENJELASKAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA BAGAIMANA ANAKNYA MENDAPAT KEMEWAHAN DALAM MASA BEGITU SINGKAT.
Dalam bahagian ini, kita lihat pula kekayaan yang di miliki oleh seorang lagi anak Dr Mahathir iaitu MIRZAN MAHATHIR.
Mirzan memulakan kariernya selepas tamat pengajian beliau di Amerika Syarikat di IBM World Trade Corporation sebelum meneroka ke dalam bidang perniagaan pada tahun 1990. Pada tahun 1992, beliau telah dilantik menjadi Pengarah dalam Lembaga Konsortium logistik Berhad di mana syarikat ini disenaraikan di papan utama bursa saham Kuala Lumpur pada tahun 1996.
Mirzan yang merupakan anak kedua kepada Dr Mahathir memegang jawatan sebagai pengerusi dan presiden eksekutif dalam syarikat Konsortium Logistik Berhad ini sehingga tahun 2007 di mana beliau, menurut sumber, telah MEMILIKI ASET-ASET DAN KEKAYAAN YANG DIANGGARKAN BERNILAI RM780 JUTA 
Selain daripada itu, tidak perlu lagi untuk menulis berkenaan Petron Corporation Filipina dan syarikat arak San Miguel dimana Mirzan merupakan seorang pemegang saham dan juga ahli lembaga pengarah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...