Translate

23/06/2018

MAHATHIR TUTUP PERIOK NASI NELAYAN

22 JUN: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberikan pendirian bercanggah dengan Menteri Pertanian Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub berkaitan bantuan bulanan kerajaan kepada nelayan.
Perdana Menteri Tun Dr MAHATHIR Mohamad dalam wawancara dengan Malay Mail hari ini berkata kerajaan berhasrat memansuhkan bantuan bulanan antara RM200 hingga RM300 kepada 57,000 nelayan.
Manakala Salahuddin dalam sidang medianya semalam pula memberi jaminan kerajaan akan meneruskan bantuan itu.
Memetik laporan media MKini, Salahuddin berkata beliau sedang mendapatkan penjelasan daripada Pejabat Perdana Menteri berkaitan perkara itu.
Mahathir dalam wawancara itu berkata Putrajaya tidak dapat mengekalkan dasar-dasar era BN kerana kekurangan dana.
“Mereka mampu beri kerana ia wang curi. Atau ia disalah guna daripada dana-dana kerajaan, untuk menjadi popular di kalangan nelayan.
“Kita tidak boleh gunakan wang kerajaan untuk itu, untuk menjadi popular. Kita tiada wang curi untuk diberi pada mereka.
“Jadi kita terpaksa potong. Mereka hilang pendapatan tetap percuma. Kerana kita tidak dapat beri, mereka tidak akan gembira,” beliau dipetik sebagai berkata semalam.
Salahuddin, dalam sidang media selepas mesyuarat kabinet sebelum ini berkata, beliau menerima aduan nelayan bahawa elaun mereka tidak dimasukkan ke dalam bank.
Bagaimanapun, katanya, ini hanya kes terpencil susulan kemungkinan masalah teknikal dengan salah satu bank serta menjadi ia tidak akan dihentikan.
“Saya ingin nyatakan semua elaun sara hidup dah dideposit 11 Jun.
“Secara umum semua bantuan berkaitan bajet akan diteruskan seperti biasa. Rakyat tak usah bimbang bila tukar kerajaan elaun sara hidup dihentikan. Itu tidak berlaku,” katanya.
Katanya, jika ekonomi bertambah baik dan hutang negara dalam kawalan, insentif-insentif kepada rakyat akan disemak semula.
Bantuan kepada nelayan itu diberikan sejak 2008 bagi membantu mengurangkan kos sara hidup mereka.
Hanya nelayan yang turun ke laut sekurang-kurangnya 120 hari setahun layak mendapat bantuan itu.
Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...